Kisah cinta Sweet Spy ( 3 )

EPISOD 3

Soon Ae terhendap-hendap carik pen kat pejabat polis. Tertangkap jugak oleh si Kang Jun. Lepas dapat banyak pen ( Soon Ae sebenarnya tak ingat pen tu mana satu, so semua pen diambiknya, dasar pelupa kan!) tetiba dia kena call. Hehehhe cara dia sebut Koala masa sambut panggilan dari pembantu Dennis tu lucu betul. Aku rasa cam nak tutup telinga je dengar…geli..lawak sangat…

Soon Ae diminta secara rahsia pi jumpa pembantu Dennis kat tebing Sungai Han pukul 11.40 malam. Dia pun pegilah dengan skuter comel dia . Dia tak perasan Kang Jun follow dia dari belakang. Masa tengah Soon-Ae tengah discuss dlm kereta dengan pembantu Dennis, Dennis tetiba call pembantu dia. Rupanya dia dah nampak si Kang Jun muncul. Soon Ae kemudian naik speedboat ngan Dennis. Yang aku tak faham tu, ngapa la si Dennis dalam ceta ni smart manjang. Bawak speedboat pun pakai suit.

Time ni aku masih nyampah-nyampah kat watak Dennis, aku lagi suka dia ngan Kang Jun yang macam caring tu. Sampai kat jeti dia selamba je tak pedulikan Soon Ae, tak tolong pegang tangan Soon Ae waktu Soon Ae nak melompat dari boat dia tu. Pastu yang sakit hati lagi, dia tinggal je Soon Ae kat situ. Sian Soon Ae…dia tak tahu pun tempat tu kat mana…yelah speedboat club tu tempat orang kaya-kaya  manalah dia penah pegi.

Sebenarnya masa ni, Dennis curiga Soon Ae spy dari kumpulan lain. So, dia asyik sombong je kat Soon Ae. Disebabkan tak puas hati dengan situasi yang menyebabkan rahsia mereka hampir terbongkar, Dennis suruh pembantu dia siasat siapa Soon Ae.

Pembantu Dennis alias Hedgedog minta bantuan sorang penyiasat tapi waktu dia nak jumpa orang tu kat sauna, berlaku kesilapan, orang yang dia jumpa sebaliknya Choi Beum dari sekolah boxing.

Part aku suka kat episode ni waktu Soon Ae kena suruh pi butik mahal. Kat butik Dennis dah tunggu dia ( Dennis sengaja bawak Soon Ae pi party sebab nak bawak dia jumpa  geng Black Dragon). Aku suka sangat senyum sinis  Soon Ae masa dia jawab “Hi” kat Dennis. Nampak sangat dia menyampah kat Dennis yang tinggalkan dia sesenang je sebelum tu kat tempat yang dia tak tahu. Rupanya Dennis dah pilih dress-dress cantik untuk Soon Ae pakai. Seriously, taste Han Yoo II  dalam soal pakaian memang bagus punya. Semua dress yang Soon Ae cuba tu cantik-cantik belaka.. Punyalah hepi Soon Ae waktu kena make over ni…cukup comel time dia tengah dimekap tu.. and she turn out to be like Cinderella pas kena makep tu…ayu, lawa. Terpegunla Dennis yang dah lama menunggu tu. Hehehhe time ni aku rasa bunga cinta mula nak berputik dah….hehehhehe suka!!!!!!!!!

Soon Ae sedang dimake over…cute sangat. Suka sangat dia kena makep tu. Perempuan manalah yang tak suka kena makep lawa-lawa.

Haa tu dia…Dennis/ Han Yoo II dah terpegun dengan keayuan Soon Ae…she’s like princess…

Masa dalam kereta limosin nak ke party tu ( Dennis@ Han Yoo II dalam ceta ni memang hartawan/usahawan kaya tul, bukan main2 punya kaya ) ada lagi part jelling-menjeling antara dorang berdua. Sebenarnya si Dennis nak tengok Soon Ae tapi cover ego…hehhehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s