Kisah cinta Sweet Spy….episod 4 feveret

EPISOD 4

Obses aku ngan kisah cinta dorang ni semarak dalam episode ni la. Aku malas nak sebut pasal kisah-kisah dalam party tu lagi. Straight  ke adegan Dennis ngan Nam Sang –mi je. So, kiranya episod ni favourite aku la…

Dennis dukung Soon Ae, letak atas katil dia ( emm…rumah dia nampak mewah sangat. Luxurious! Style modern contemporary gitu ). Soon Ae yang tertidur dan luka tu pun tidur dengan ayunya kat katil dia. Caring jugak jejaka sombong ni, yelah kan ke dia boleh kejutkan Soon Ae tapi dia sanggup dukung je Soon Ae…so romantic. Hedgedog muncul. Dari perbualan ngan dia, Dennis dah yakin Soon Ae bukan spy kumpulan lain. Dia macam rasa bersalah plak bawak Soon Ae jumpa ketua Black Dragon tu. Tak pasal-pasal Soon Ae luka kena flying dagger geng jahat tu.

Soon Ae terjaga sebab lengan dia yang luka tu. Wah time ni aku rasa …okey this is the part yg aku tunggu-tunggu…Dennis pun bawak  kotak first aid dia pi katil …

Dennis : You’re awake

Soon Ae : Ye?( Apa )

Dennis : Let me see the wound

Soon Ae : Apa

Dennis dah faham Soon Ae tak paham English. So dia pun pegang lengan Soon Ae. Nak rawat. Soon Ae cepat-cepat tarik. Dia ragu-ragu  ngan keikhlasan Dennis ni.

Dennis : Its okay, its okay ( time ni, lembut je Dennis cakap… tak sangka plak dia berubah jadi nice ni…hehheh).

Aku paling suka part Dennis tiup luka Soon Ae  lepas tu dia tanya “its hurt?”  Soon Ae pun cam kena magnet  dengan kecharmingan Dennis time tu. Pastu tu Dennis pun terus bercakap-cakap  ngan Soon Ae walaupun Soon-Ae tak paham. Malas la aku nak tulis semua detail kat sini. Yang aku paling suka line  Dennis “ I don’t why I feel comfortable talking to you, its not because you don’t understand English either.” Masa ni dah terasa ada chemistry antara dorang. Soon Ae renung je Dennis cuba nak memahami kata-kata dia. Bila dorang bertentang mata ja hati aku dah berdetik “…Dennis mesti suka kat dia pasni” boleh nampak betapa selasanya Dennis ngan Soon Ae. Lepas siap ubat luka tu, dia jadi tak tentu arah sikit  bila bertentang mata ngan Soon-Ae. Time tu, putik cinta dah mula bersemai dah aku rasa….hehehhe scene rawat-merawat ni memang favourite aku. Lagipun Soon Ae lawa tul dengan dress purple tu, part mata dia tu…takkanlah Dennis tak tertawan..

Bila mata mula bertentang mata…..

Soon Ae tak paham English tapi dorang communicate melalui mata je….ah, lebih berkesan kan…haaa… yelah tu…

Part ni, pandangan Dennis/Yoo II ke mata Soon Ae, aku dah tahu dah… dia macam dah tertawan kat Soon Ae…sukanya aku!!!!!

Dalam episode ni juga, dua-dua saling mengingati. Hehehhe adegan rawat-merawat punya pasal la ni. Aku suka waktu Soon Ae tengah mengait ( comelnya dia masa ni ) tetiba dia teringatkan Dennis @ Yoo II…aku rasa dia pun dah start suka Dennis..ni gambar dia time ingat Dennis..

Yang sedihnya, senyuman dia ni hilang bila dia teringat plak suami dia yang dah meninggal…lepas tu datang Kang Jun bawak dia gi dinner.

Dennis kat rumah pun tetiba ingat Soon Ae. Dia rasa Soon Ae dalam bahaya. So dia pun keluar memandu kereta sport BMW nya warna kelabu tu…ah, such a cool car! Sedihnya Soon Ae tak ada kat balai tu, waktu Dennis nak balik tetiba dia dengar bunyi motor… rupanya Kang Jun ngan Soon Ae. Terus berubah muka Dennis….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s