Kisah cinta Sweet Spy ….episod feveret

EPISOD 5

Adegan jeles yang pertama, … semacam je Dennis bila nampak Soon Ae kat atas motor ngan Kang Jun. Pastu dengan tak malu dan selamba  dia pi dukung Soon Ae turun dari motor tu macam nak declare “ you’re mine not his!!!”. Wow aku dah kagum dengan kegentleman dia kat sini!.. Bila Kang Jun cakap yang dinner malam tu bagus, tambah-tambah berubah muka si Dennis. Blah je si Kang Jun, terus dia tanya boyfriend? . Soon Ae pun konfiden je jawab “oh, no”… lepas dia jelaskan Kang Jun tu junior husband dia, muka Dennis dah ceria semula. Hehehhe  dasat jeles mamat ni.

Dennis/Yoo II dukung Soon Ae dari motor Kang Jun – Aku tak bolehla  tengok ko ngan jantan lain…!!!

Aku suka awkward moment dorang pastu. Bila Soon Ae tanya mengapa Dennis datang kat situ, gelabah Dennis kata nak tau lengan Soon Ae dah okay ke? Pastu, tetiba nak balik pulak ( tak ke pelik, saja-saja nak tahu lengan dia okay ke tak tapi tiba-tiba nak cepat balik lak….sah ada maksud lain..) part yg Dennis tulis no hp dia kat tapak tangan Soon Ae tu aku 50-50 je pasal aku teringat dlm episode 1 Dennis flirt ngan stewardess dalam flight pun dia gi tulis no hp kat tangan pompuan tu gak…apsal dia mesti guna taktik yang sama kat Soon Ae…benci..!!!! Nasib baik cara dia renung muka Soon Ae tu penuh perasaan…hehehhe sukala jugak aku.

If you find the pen, call me – Alasan Yoo II supaya Soon Ae call dia. Ceit!!! Tengok cara dia renung Soon Ae pun dah tau…

Kononnya kalau Soon Ae dah jumpa pen tu, call dia. Hissy bencinya lelaki ego ni…heheheh cakap je la yang ko nak dia call ko tak kira apapun sebabnya. Citt menci!!!!Bestnya lepas balik tu, kat dalam lif pun dia senyum-senyum… suka la tu dapat jumpa Koala dia..

Akhirnya Soon Ae jumpa balik pen tu. Kat dalam poket jaket dia rupanya. Dia perasan pun sebab dia guna pen tu masa sign borang2 dalam kotak. So, kelam kabut dia call Dennis. Wah, bila dia nampak je nombor Koala  yang muncul kat hp dia, senyumlah Dennis. Malangnya, lepas tu Soon Ae kena kidnap oleh geng Black Dragon.

Aku dah mula nak respect kat Dennis tetiba menyampah sangat bila dia suruh Soon Ae keluar dari kereta dia lepas berjaya selamatkan Soon Ae dan dapat pen tu dari Soon Ae. Nampak sangat dia nak pen tu je…isk…isk hati aku berdetik..dia memang nak gunakan Soon Ae je…sedih…

Dia tinggal je Soon Ae kat tepi jalan. Apara punya jantan!!!

Sebenarnya dia nampak rasa bersalah juga. Dia berperang dengan perasaan dia kot. Sebab masa dia leaving Soon Ae tu, dia tengok je Soon Ae dari cermin sisi dia. Sedihnya muka Soon Ae time tu.

Tengoklah sedihnya Soon Ae…macam berat je lepaskan Dennis pergi. Dalam hati aku pun fikir, pen dah jumpa. Mesti dorang tak jumpa dah pas ni.

Sebenarnya, Dennis pun nampak berat je nak pergi….tengoklah rupa dia tu…isk…isk…

Balik tu, Dennis melayan perasaan sorang-sorang kat rumah. TV besar kat depan dia, tapi fikiran dia melayang ingat Soon Ae terutama masa Soon Ae pakai dress purple, tu yang buat dia senyum-senyum ni….okay pengumuman rasmi, hero dah sah jatuh cinta kat heroin!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s