Kisah cinta Sweet Spy

Jarang aku obsess dengan kisah cinta dalam drama. Lebih-lebih lagi drama luar ni sebab aku setia ngan drama Melayu. Favourite aku drama Nur Kasih. Sejak 3 minggu ni aku terjatuh cinta plak kat drama Korea Sweet Spy ni.

Episode 1 :

Part lucu ialah waktu Kang Jun ( dialah nilah 1st  hero yang kena kick jadi 2nd hero, gara-gara popularity Dennis ) datang lapor diri ke balai polis tempat dia jadi Section Chief yg baru. Ada sorang minah polis tu (cute jugak ) terus suka kat dia. Part minah polis tu bagi dia jus oren tu yg lucu. Si minah tu main mata kat dia.

Hehehehe Lee Soon Ae  yang dilakonkan oleh Nam Sang-mi( heroin paling manis, comel, cantik penah aku tengok…hehehhe aku obsess kat dia ni) tengah cuci muka kat toilet. Minah polis yg cute tadi pun ada sama. Minah tu marah Soon Ae sebab dia kata Soon Ae selalu melampau dalam tindakan sambil sibuk touch up muka dia…yg best bila dia blah Soon Ae terus kutuk dia.

 

Han Yoo II ( spy @ pelabur kaya yang hensom giler yang dilakonkan dengan tak mantapnya oleh Dennis Oh ) tengah memandu dengan lajunya kat highway. Kereta dia teramatlah elegannya. Jenis yang boleh buka atap tu..convertible…dia tak perasan lampu merah…hampir-hampir terlanggar cik Soon Ae kite yang nak melintas tu. So, apalagi sebagai polis yang strict Soon Ae pun tahan dia suruh ke tepi.. ni yang aku suka. Menggunakan kehensemannya yang tahap gaban tu, si Yoo II pun terus “hi” sambil main mata kat Soon Ae. Soon Ae buat dunno je…terus dengan tegas cakap lebih kurang camni selepas ditranslate “ Anda melanggar peraturan trafik. Anda melanggar lampu merah! “. Yoo II obviously nak guna charming dia…dia pun minta maaf sambil tayang senyuman killer dia. Dia pun cuba explain yang dia baru 1st time driving kat Korea dan baru turun dari  flight ( yg ni aku menci sah-sah tipu, baru driving kat Korea kunun) dia sesat sebab baru kat bandaraya Seoul. Yang bestnya Soon Ae tak paham English so dia asyik cakap “Apa?” balik2. Yang best tu,  Dennis pun kenyit mata lagi kat Soon Ae. Hehehhe hensom tul time dia wink tu. Soon Ae pun gelak dia kata “ Ko ingat dapat lepas ke guna trick ni” Dia dah tahu Dennis nak goda dia supaya tak kena saman. Tak guna punya Dennis kan. Soon Ae ingat Dennis tak paham cakap Korea ). Dia pun tryla speaking broken English dia tu… “Give me your license sir..?” Eh cutela time dia cakap tu. Si Dennis pun renung je dia ( personally aku rasa time ni dia dah terpikat tengok muka manis Soon Ae ) sampaikan Soon Ae terpaksa ulang lagi …li..cen..se…? Faham? Hehehhe tulah pantang tengok orang lawa kan… Soon Ae ni tak makan kena goda, dia saman gak si Dennis. Masa nak tulis tiket saman tulah Soon Ae pinjam pen Dennis yang mengandungi top secret tu. Dan kerana pen itulah hubungan dorang berkembang…..

Anda melanggar peraturan trafik dan melanggar lampu merah !– Soon Ae. Gadis manis nak saman jejaka hensem…- Soon Ae tengah control tegas ni, almaklumla yang nak disaman tu  hot guy…hehhehe

Dennis/Han Yoo II pantang nampak awek cun…cuba nak guna kehensemannya. Tengok tu, mata dia macam nak tersembul je tengok muka cute Soon Ae.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s