Ironi oh ironi….

Tiga bulan lalu aku berpeluang melawat 3 daerah pantai timur Sabah- Semporna, Lahad Datu, Tawau. Sepanjang perjalanan di sana, aku memang terkezut dan kagum (kagum ke?) dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang. Bukannya apa kalau di pantai Barat Sabah tempat aku ada juga ladang sawit ni taklah seluas di kawasan pantai timur ni.

Macam-macam perasaan aku bila tengok keluasan ladang sawit ni. Aku bayangkan mungkin ladang ni dulu kawasan balak yang luas waktu Sabah jadi pengeksport balak yang gah. Emm…aku pasang angan-angan setinggi langit. Kalau aku jadi jutawan aku akan beli sebahagian ladang sawit di sini dalam 30% daripada keluasannya ke, kemudian tanamkan dengan pokok-pokok jadikan macam hutan simpan kononnya. Sungai-sungai yang termasuk dalam kawasan aku tu pun akan dipulihara jugak sebab aku nampaksungai-sungai dalam ladang-ladang sawit tu dah keruh airnya. Ikan pun tak sudi nak hidup agaknya. Begitulah angan-angan aku yang takkan kesampaian….dalam mimpi pun tak jadik jugak.

Masalahnya sekarang atau bukan masalahlah, persoalannya mengapa bekalan minyak sawit di Sabah ni tak berapa nak lancar? Jangankan yang dalam plastik dalam botol pun kurang. Nak membeli minyak bunga matahari atau minyak jagung tu rasanya tak sanggup jugak nak keluarkan duit, mahal rasa pun lain sikit. Ke Kementerian X tu nak suruh jaga kesihatan kurangkan makanan berminyak macam waktu isu gula dulu…Ah ironi betullah. Ladang sawit beratus-ratus ekar kilang sawit tak ada yang lingkup, macamana minyak sawit boleh tak ada dalam pasaran?

 

* sekadar keluhan, bukan nak menyalahkan sesiapa….

Advertisements

Menjelangnya Ramadhan

Tak lama lagi bulan Ramadan akan tiba. Seronok dan teruja macam biasa. Lebih teruja menunggu Ramadan berbanding bulan Syawal walaupun Aidilfitri lebih meriah. Moga-moga Ramadan tahun ini dapat diisi oleh kita semua dengan penuh ketaatan dan kesederhanaan. Tak nak berlaku pembaziran lagi. Tak nak menurut nafsu waktu membeli-belah. Tak nak terlepas solat terawih. Tak nak tidur berlebihan. Moga terus bekerja macam biasa. Produktif dan inovatif. Sesungguhnya puasa bukan penghalang untuk bekerja lebih tekun…AMIN…

Kulit berminyak?

Susah nak menjaga kulit yang berminyak kan? Kalau tak kena gaya, muka boleh tumbuh jerawat. Kalau minyak tak dapat dikawal liang pori ketara. Semua ni merosakkan penampilan kita sebagai wanita. Nak pakai mekap pun tak cantik.

Bertahun-tahun aku dilanda masalah kulit berminyak ni. Bertahun-tahun jugak aku tak jumpa produk yang tak serasi. Kadangkala tu ada juga produk yang sesuai tapi selepas 6 bulan atau setahun, jadi tak serasi pulak. Bila usia meningkat pulak, kena jaga jangan sampai ada pigmentasi dan garis halus lagi so, semua pun kena jaga. Dah namanya pun perempuan, kalau tak prihatin hal kecantikan bukan namanya perempuan sejati kot…

Alhamdulillah, sejak bulan April yang lalu aku dah bertemu jalan penyelesaiannya. Harap-harap menjadilah terus. Kemenjadian ni pun disebabkan dapat nasihat daripada pakar kulit dan pakar kecantikan juga. So, nasihat ikhlas, berjumpalah mana-mana pakar kulit dulu jangan gunakan sebarang produk tanpa merujuk dahulu kepada mana-mana specialist.

Menurut pakar kulit yang aku jumpa, kulit aku jenis sensitif jugak. So, dah la berminyak sensitif pulak. Kena pakai produk yang gentle kat kulit. Janganlah mudah terpedaya dengan mana-mana produk yang tulis for oily skin tu, biasanya produk macam tu sekadar hilangkan minyak kat permukaan kulit tapi dalam masa yang sama ia mengeringkan dan kasar kat kulit kita. So, pakailah jenis susu pembersih atau gel. Sabun atau krim pembersih elakkan. Buat masa ni, aku pakai produk ni.

Cetaphil.

Bagus pencuci muka ni. Kulit tak rasa tegang atau kering lepas cuci. Biasanya ada jual kat farmasi. Kat kedai biasa memang tak ada. Harganya sederhana je. Mampu dimiliki.

Selain itu, doktor juga sarankan guna sunblock berbanding pelembab atau krim muka. Sun block ni untuk pastikan bintik gelap tak muncul. Pastikan sunblock tu jenis yang tak berminyak. Contohnya macam yang aku guna ni.

La Roche Posay. Made in France. Mahal sket. Sebotol saiz sederhana ni lebih kurang RM100++. Tapi sungguh, memang tak berminyak dan berkesan. Pernah sekali buat aktiviti sukaneka 3 jam tengah panas kat padang, pakai lotion ni memang tak gelap kulit. Boleh beli secara online atau beli kat klinik pakar kulit.Tak payah pakai krim whitening lagi.

Akhir sekali, bedak ! Doktor memang tak sarankan pakai foundation, so kenala pakai pressed powder atau compact powder je. Buat masa ni, jenama Farmasi Cosmetic dari Istanbul memang kegemaran aku. Baunya wangi, kulit tak oily bila pakai dan paling best, ianya HALAL!!!

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan kalau nak berjalan-jalan

–          Keselamatan tempat tu – sebaiknya pilih resort/hotel yang okey sikit supaya rasa selamat sikit kecualilah kita dah biasa dengan tempat tu. Kalau kali pertama janganlah tunjuk berani sangat. Satu lagi, melancong ke kawasan atau negara yang terjamin keselamatannya tak kiralah dri segi kadar jenayah atau dari segi keganasan.

–          Senang cari makan – disebabkan soal halal haram ni penting so tempat yang kita nak pergi tu kenalah ada pilihan untuk kita yang Muslim ni.Tak kisahlah sama ada restoran atau warung yang penting halal. Kalau pun tempat tu menarik tapi susah nak cari makanan halal aku tak nak. Susah nanti nak mengangkut maggi dan biskut.

–          Mudah komunikasi – kalau boleh biarlah masyarakat di tempat tu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris ke, senang nak bertanya. Kalau nak sangat melancong ke tempat-tempat yang kurang penggunaan Bahasa Inggeris kenalah bawak kamus bahasa negara tu. Macam Beijing pun sekarang tumpuan pelancong, tentu ada yang boleh berbahasa Inggeris .

–          Tarikan tersendiri sama ada dari segi sejarah, budaya atau alam semula jadi. Sesetengah orang suka nak shopping je, so pegilah tempat yang sesuai macam Hanoi, Beijing ke…

LANGKAWI – keindahan, ketenangannya

 

 

KUCHING – sekadar melengkapkan lawatan ke bandaraya penting di Borneo ni. Shopping kek lapis dan ikan terubok

CHIANGMAI – nak naik gajah, melihat Thai dan kerana makanan halal senang nak cari kat sini

BEIJING – sejarahnya, contohnya Forbidden City, Great Wall dan Summer Palace, stadium sarang burung Olimpik

 

 

 

 

XI’AN – terra cotta muzium dan Muslim Quarter, cukup teruja nak pegi Muslim Quarter ni tengok gambar-gambar di internet juga saja buat semangat membuak-buak nak ke sana

 

 

 

 

ISTANBUL – tahun lalu, kota ni 1st choice aku sekarang jatuh no.6 (still not bad), kos ke sini mahal sedikit. Hotelnya yang kecil-kecil pun mahal. Sejarahnya jadi tarikan. Lepas tu, selat Bosphorus memang nak sangat naik cruise di selat tu. Kalau dah ada bajet yang lebih dari cukup barulah ke Istanbul ni kot, kos mahal.

 

 

ALHAMBRA, SPAIN – nak ke sini melihat istana Alhambra dan menikmati mentari Mediterranean. Check di internet hotelnya agak sederhana dari segi kos malah lebih murah berbanding Istanbul. Tapi aku berangan nak belajar Spanish dulu baru nak ke sini. Biar ternganga orang Spain tu.

 

 

 

JEJU ISLAND AND SEOUL – tiada sebab lain melainkan keindahan alamnya. Dah tengok dalam majalah dan internet, cantik sangat terutama musim bunga.

PARIS – siapa yang tak nak ke Paris. Don’t ask me why. Paris has impressive reputation for being the most visited city in the world. Besides, no other city could beat Paris. Eiffel Tower, Lourve ( nak tengok lukisan Mona Lisa tu, cantik sangat ke…), Sungai Seine, the city itself. Kos ke kota klasik, romantik dan unik ini cukup mahal. Hotel mahal. Makanan halal tak susah kot sebab pendatang Algeria dan Morrocco ramai di sini.

FES AND MARRAKECH – seorang ustazah terkejut bila aku beritahu aku nak ke Morrocco. No wonder! Orang Malaysia tak biasa menjelajah kota-kota eksotik ni mungkin kerana menganggap kota sebegini tak glamour dan unkown. Bagi aku, aku dah kaji dua kota ni, memang ada uniknya terutama tinggal di riad-riadnya yang cantik-cantik tu. Keutamaan aku bila ke sini nanti mesti nak tinggal di riad ni. Satu lagi, saja nak melihat masyarakat di sana.