Kulit berminyak?

Susah nak menjaga kulit yang berminyak kan? Kalau tak kena gaya, muka boleh tumbuh jerawat. Kalau minyak tak dapat dikawal liang pori ketara. Semua ni merosakkan penampilan kita sebagai wanita. Nak pakai mekap pun tak cantik.

Bertahun-tahun aku dilanda masalah kulit berminyak ni. Bertahun-tahun jugak aku tak jumpa produk yang tak serasi. Kadangkala tu ada juga produk yang sesuai tapi selepas 6 bulan atau setahun, jadi tak serasi pulak. Bila usia meningkat pulak, kena jaga jangan sampai ada pigmentasi dan garis halus lagi so, semua pun kena jaga. Dah namanya pun perempuan, kalau tak prihatin hal kecantikan bukan namanya perempuan sejati kot…

Alhamdulillah, sejak bulan April yang lalu aku dah bertemu jalan penyelesaiannya. Harap-harap menjadilah terus. Kemenjadian ni pun disebabkan dapat nasihat daripada pakar kulit dan pakar kecantikan juga. So, nasihat ikhlas, berjumpalah mana-mana pakar kulit dulu jangan gunakan sebarang produk tanpa merujuk dahulu kepada mana-mana specialist.

Menurut pakar kulit yang aku jumpa, kulit aku jenis sensitif jugak. So, dah la berminyak sensitif pulak. Kena pakai produk yang gentle kat kulit. Janganlah mudah terpedaya dengan mana-mana produk yang tulis for oily skin tu, biasanya produk macam tu sekadar hilangkan minyak kat permukaan kulit tapi dalam masa yang sama ia mengeringkan dan kasar kat kulit kita. So, pakailah jenis susu pembersih atau gel. Sabun atau krim pembersih elakkan. Buat masa ni, aku pakai produk ni.

Cetaphil.

Bagus pencuci muka ni. Kulit tak rasa tegang atau kering lepas cuci. Biasanya ada jual kat farmasi. Kat kedai biasa memang tak ada. Harganya sederhana je. Mampu dimiliki.

Selain itu, doktor juga sarankan guna sunblock berbanding pelembab atau krim muka. Sun block ni untuk pastikan bintik gelap tak muncul. Pastikan sunblock tu jenis yang tak berminyak. Contohnya macam yang aku guna ni.

La Roche Posay. Made in France. Mahal sket. Sebotol saiz sederhana ni lebih kurang RM100++. Tapi sungguh, memang tak berminyak dan berkesan. Pernah sekali buat aktiviti sukaneka 3 jam tengah panas kat padang, pakai lotion ni memang tak gelap kulit. Boleh beli secara online atau beli kat klinik pakar kulit.Tak payah pakai krim whitening lagi.

Akhir sekali, bedak ! Doktor memang tak sarankan pakai foundation, so kenala pakai pressed powder atau compact powder je. Buat masa ni, jenama Farmasi Cosmetic dari Istanbul memang kegemaran aku. Baunya wangi, kulit tak oily bila pakai dan paling best, ianya HALAL!!!

2 thoughts on “Kulit berminyak?

  1. La Roche Posay tu kalau pakai kat leher je boleh tak? tak nak pakai kat muka. btw yang lotion nivea for whitening tu. . . . elok ke? bukan apa kulit tgn saya gelap. kulit muka saya cerah. tu yang tanya. kot kot tahu🙂 terima kasih.

  2. la roche posay bole je pakai utk leher, sy pun pakai kat lengan klu ada outdoor actvs…klu ikut pengalaman, nivea punya lotion berminyak sket, tak tahula klu awak sesuai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s