Cat baru…semangat baru

Pagi tadi aku dah siap mengemas bilik pejabat yang berterabur selepas dicat baru. Warna cat sebelum ini biru, peach untuk syiling ( yang memang aku tak suka..yaks!!!) dan sebahagian dinding lagi putih dan soft cream.

Nama blog pun dah hijauolive, warna kegemaran aku pun mestilah hijau jugak terutama sekarang ni suka hijau yang gelap sikit. Aku guna dua tone color hijau untuk mengecat bilik tu, hijau yang soft (Hidden green- jenama Sisson, hahahha nak jaga bajet tak terbeli la Dulux atau Nippon Paint).

 

yang satu lagi nama dia Panorama takde sebut hijau pun tapi kat katalog nampak hijau ( jenama murah jugak, SanCora). Setelah dicampur dengan upah mengecat, semuanya menelan belanja lebih kurang RM90.00.

Tambah lagi dua pasu bunga jenis buluh ( RM10 sepasu- pokok dah subur dan sihat okayla kira murah )supaya nampak mesra alam green environment gitu. Ditambah lagi langsir berwarna ala-ala hijau jugak. Beli 7 meter, semeter harganya RM4.70 je, jahit sendiri walaupun kurang kemas tapi bolehlah…semuanya lebih kurang hampir RM200. Dapatlah sebuah bilik kerja yang selesa dan bernafas baru. Kalau nak bersemangat kenalah korban masa dan duit sedikit. Apa yang penting, sesuai dengan kemampuan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s