Tentang perfume…

Kalau bercakap pasal apa yang orang pompuan suka mesti semua orang tahu. Kasut, beg, baju, aksesori, tudung, barang kemas, perfume, makep dll. Kalau yang dah ada family suka resipi, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, tupperware dll. Sekarang ni ada yang suka melancong ke luar negara la pulak. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Kali ni, hijauolive nak share tentang perfume sebab hijauolive memang dah ader la koleksi perfume ni…

Perfume ni boleh dibahagikan kepada 4 kategori berdasarkan ingredient.

1. Flowery – berasaskan bunga. Perfume jenis ni kebanyakannya guna bunga2, biasanya perfume dulu2 (1980-an) yang guna banyak bunga ni. Sesuai untuk orang yang feminin gitu. Contohnya macam Miracle by Lancome.

2. Fruity – berasaskan buah-buahan. Jenis ni mula diminati sejak Britney Spears keluarkan perfume dia sendiri, Fantasy. Kiranya itulah perfume fruity yang 1st popular. Lepas tu banyaklah syarikat mula ikut jejak langkah dia. Bau jenis fruity ni biasanya sweet dan kuat. Remaja atau umur awal 20-an suka jenis ni.

3. Woody – berasaskan kayu-kayuan. Biasanya perfume atau cologne lelaki yang guna kayu-kayuan ni. Tapi sekarang perfume perempuan pun guna woody jugak macam Marc Jacobs Daisy tu. Bau dia taklah sweet macam fruitynyer bau. Perfume moden-moden zaman ni kebanyakan campur woody ngan flowery.

4. Oriental – berasaskan bahan-bahan dari Asia. Yang ni favourite aku ler. Biasanya bau oriental ni dia tak sweet tapi boleh jadik signature scent kita. Kebanyakan perfume yang best-best dari jenis oriental la, contohnya macam Lolita Lempicka yang botol dia cute tu. Satu lagi perfumist yang sukses juga ialah Thierry Mugler dengan perfume Angel.

Bagi aku, perfume ni best bukan sebab bau je. Aku suka kumpul mini perfume sebab suka tengok botol-botol yang comel dan kreatif tu. Ada nilai art dan komersial sekali. Botol yang paling aku suka sekali mestilah Lolita Lempicka.

mini perfume Lolita Lempicka kesayangan hijauolive ni… bau dia ada bau vanilla, macam deep scent sket, sesuai utk waktu malam…

Bukan setakat botol dengan kotak-kotak sekali kena simpan. Kotak pun secantik botolnya jugak…kat bawah ni ada kotak Dalissime by Salvador Dali ( bau dia bau buah peach  n tahan lama), Alien by Thierry Mugler which is my feveret, Incanto Heaven by Salvatore Ferragamo yang sweet botol dia warna pink tapi tak tahan sangat bau dia, Anais Anais dari Cacharel very flowery scent dah kasi kat mak, Cheap and Chic by Moschino, Red Door by Elizabeth Arden yang tak habis-habis sampai sekarang bau dia kuat, Armani Code Gorgio Armani kotak biru tu bau dia fresh, moden sesuai untuk cuaca negara kita ni dan last tu perfume hit tahun lalu Flora by Gucci…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s