Perfume selebriti…

Biasanya perfume dikeluarkan oleh sesebuah house of fashion seperti Chanel,  Burberry, Yves Saint Laurent , Hermes, Dior dll. Ada juga syarikat kosmetik yang mengeluarkan perfume seperti Lancome dan Estee Lauder. Tak kurang juga memang dihasilkan oleh individu yang tidak terikat dengan mana-mana brand atau syarikat macam Thierry Mugler.  Designer-designer terkenal seperti Marc Jacobs, Salvatore Ferragamo, Oscar De La Renta, Vera Wang (designer yang terkenal buat dress pengantin), dan Stella McCartney pun kian aktif mengeluarkan perfume masing-masing.

Namun, golongan selebriti seperti pelakon, penghibur, model dan atlet terkenal juga mula berminat dalam penghasilan perfume. Mungkin kerana mereka dikenali dan berduit, mereka mampu menceburkan diri dalam industri yang memerlukan pelaburan besar ini. Di sini, hijauolive senaraikan selebriti yang agak berjaya dalam penjualan perfume mereka.

Penghibur :

Jennifer Lopez ( sangat sukses dalam penjualan rangkaian perfumenya misalnya, Glow, Still)

 

 

 

 

Britney Spears ( penjualan perfumenya Fantasy memberi inspirasi kepada artis lain, diikuti dengan Hidden Fantasy, Circus)

Christina Aguilera

Pelakon:

Antonio Banderas ( perfumenya mendapat review yang baik dari peminat perfume)

Sarah Jessicca Parker ( Lovely ialah perfumenya yang popular)

 

 

 

 

 

 

 

Model:

Kate Moss

 

 

 

 

Paris Hilton ( hijauolive pun pernah beli perfume dia walaupun tak suka dia)

Atlet:

David Beckham ( mungkin atas desakan isterinya Victoria, David menceburi bisnes ini)

 

 

 

 

 

Roger Federer – bintang tenis ( walaupun me fan RF, tapi macam tak caya je dia pakai perfume dia tu)

Bagi penggemar perfume sejati biasanya tak pandang sangat kepada perfume oleh selebriti-selebriti ini. Mereka lebih cenderung kekal setia kepada jenama Guerlain, Lancome, Dior atau Chanel. Namun begitu, perfume selebriti ni bukannya semua low class, ada jugak yang menarik dan mendapat anugerah. Satu lagi tarikannya ialah harganya lebih berpatutan berbanding perfume jenama mahal. Ditambah lagi dengan populariti seseorang bintang itu membantu melariskan lagi jualan perfume mereka. Terfikir juga, mungkinkah Dato Siti Nurhaliza juga akan mengeluarkan perfumenya sendiri selepas berjaya menghasilkan rangkaian Simply Siti? Kalau Dato Nicol David keluarkan perfume nak ke orang beli? Atau Aznil Hj Nawawi keluarkan perfume Tom-Tom Bak khas untuk peminat ciliknya? Berani ke selebriti Malaysia ni…. setakat ni selebriti Asia belum ada pun buat perfume.

***p/s yang pasti kalau Lee Min Ho keluarkan perfume, pasti hijauolive beli punya…hahahhaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s