Manusia perlu diuji

Kesian rakyat Turki yang ditimpa gempa bumi baru-baru ni. Semoga Allah SWT tabahkan hati mereka. Hijauolive sangat prihatin dugaan terhadap mereka ini. NGO di Turki antara yang terkedepan dalam membantu rakyat Palestin. Ingat lagi kegigihan dan keikhlasan mereka hingga sanggup menghantar kapal Mavi Marmara yang lalu. Hinggakan ada yang syahid…

Kali ini mereka pula perlukan bantuan.Pun begitu, maruah mereka begitu tinggi. Belum mahu menerima bantuan setakat ini.  Rasanya dalam kalangan rakyat Turki itupun sudah ramai yang tampil membantu.Sedangkan Palestin sanggup dibantu inikan pula negara sendiri..

Pun begitu, kalaulah ada yang mengutip derma membantu mereka ini, aku sanggup menderma. Walaupun Turki tergolong negara berkemampuan dengan pertumbuhan ekonomi yang mapan apa salahnya membantu..takkanlah kerana negaranya tak miskin kita buat-buat tak kisah.

Semoga mangsa di Turki terus tabah. Semoga keimanan mereka tetap bersinar. Sesekai kita diuji, agar kita sedar sejauh mana kuatnya iman….mudah-mudahan ada pelangi selepas ini untuk mereka….amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s