Limau dan Lemon : kegunaannya

Limau ada banyak jenis. Saya rasa semua orang dah tahu hal ni, ada limau kasturi, limau nipis atau kalau di tempat saya disebut limau kapas, limau purut. Limau ni termasuk kategori tumbuhan sitrus samalah jugak macam lemon. Kedua-dua buah ni banyak kegunaannya.

Sebelum ni saya ada buat entri pasal masker yang ada jus lemon sebagai bahannya. Sebenarnya ada lagi kegunaan lemon yang lain

Makanan Malaysia memang terkenal dengan penggunaan minyak kan. So, setiap kali nak cuci pinggan mangkuk, kuali dan belanga kita perlukan sabun yang dapat menghilangkan minyak-minyak tu. Barangan plastik pulak kalau dah kena minyak susah nak bersihkan. Okey, dalam hal ni kita boleh gunakan buah lemon untukjadikan pencucian tu lebih berkesan. Caranya mudah saja, lemon tu belah dua ikut suka, lepas tu perahkan jusnya campurkan sekali dengan sabun pencuc piring tak kiralahjenis cecair ke atau paste. Kalau tak pun perahkan kat span tu. Kalau gelas kaca, ia akan jadi lebih bersinar dengan cucian yg ada perahan lemon tadi. Bau-bau hanyir sisa makanan pun hilang dengan lebih berkesan.

 

Limau kasturi pulak boleh digunakan bagi menggantikan asam jawa dalam masakan bergoreng. Contohnya nak goreng ikan atau ayam, biasanya kita gunakan asam jawa kan. Cuba gantikannya dengan jus limau kasturi. Insyaallah ikan atau ayam yang kita goreng tu takkan nampak hitam ( kalau tergoreng lama sket biasa kan boleh jadi hitam) dan bau hanyir ikan atau ayam tu pun hilang…Petua ni ibu saudara yg ajarkan. Memang kat belakang rumah ada pokok limau kasturi, so selalula gunakan limau kasturi untuk goreng lauk.

Limau purut pulak dikatakan baik untuk demam panas. Tapi saya sendiri lebih suka gosokkan buah limau purut tu pada kulit kepala sebelum mandi, untuk hilangkan gatal-gatal dan sakit kepala… takdela berkesan 100% tapi bolehlah melegakan sedikit…

 

So, kalau ada lemon atau limau yang banyak kat peti ais, jangan dibuang ia masih boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan…

1433 Hijrah …tahun baru bagi kita

Alhamdulillah, selepas solat fardu Maghrib tadi, saya sempat panjatkan doa awal tahun 1433 H. Inilah sebenarnya tahun kita, bukan tahun masihi. Dalam blog-blog lain sudah dipaparkan doa akhir tahun dan awal tahun.

Azam tahun baru ini tidak banyak bezanya dengan tahun sebelum-sebelumnya. Sekadar refresh balik benda yang sama. Tahun-tahun sebelum ni selalu berazam hendak membaiki diri cuma kali ini ada sedikit penambahan, membaiki diri dari sudut ibadat atau mendekatkan diri kepada Maha Pencipta…

Saya yakin, sesiapapun yang ingin membaiki hubungan dengan Allah SWT secara tidak langsung juga akan membaiki diri dalam banyak hal misalnya cara bekerja, cara bergaul, cara menjaga kesihatan dan penampilan diri dsb.

Dan sebaik-baiknya hari baru dimulakan dengan langkah baru iaitu bertaubat dan memohon pada-Nya. Apapun yang akan berlaku sepanjang 1433H  ini, mudah-mudahan membawa keberkatan dan kebaikan sama ada secara tersurat mahupun tersirat…

Pembaziran yang menyedihkan…

Aku akui diriku sendiri memang boros tapi bila sesekali angin keinsafan bertiup aku pandaila juga berjimat cermat. Tapi dalam banyak-banyak hal aku paling tak suka boros dalam soal makanan.

Sepanjang cuti sekolah hujung tahun memangla tiada hujung minggu yang kosong tanpa majlis kahwin. Walaupun yang diundang tu emak biasanya aku jugalah jadi drebar. Aku tak kisah. Memang aku suka menghadiri majlis kahwin ni, boleh buat perbandingan sebagai persiapan untuk majlis sendiri ….hehhehe… Suka tengok tema yang dipilih, pelamin, menu hidangan, gelagat orang, dan berjumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa…

Cuma yang sedihnya, majlis-majlis ni mengundang pembaziran…Dah jadi tabiat aku dan emak biasanya kami akan makan sedikit sebagai alas perut sebelum ke majlis supaya nanti taklah terambil makanan banyak sangat. Bukan apa, kalau kita tengah lapar kita cenderung ambil banyak, takut nanti tak habis pula. Lebih baik ambil sikit atau sederhana, yang penting pinggan kita bersih tak berbaki kecuali tulang-tulang ler.

Kasihan kat tuan rumah yang bersusah-payah menyediakan makanan yang banyak dan pelbagai untuk tetamu. Tup-tup tamu senang-senang je ambil makanan tu penuh-penuh pinggan lepas tu tak habis. Aku pulak yang terasa sedih tengok pinggan-pinggan yang masih bersisa nasi dan lauk-pauk yang banyak tu. Kalau rasa tak boleh habiskan, janganlah ambil banyak. Bayangkanlah kalau ada 100 pinggan yang masih ada separuh sisa nasi, lauk-pauk kalau dikumpulkan boleh penuhkan satu besen besar tu. Ke manalah nak dibuang sisa-sisa tu. Orang kat Somalia kebuluran kurang makanan, kita di Malaysia ini mewah makanan tak bersyukur.

Entahlah…ke mana agaknya berkat kenduri itu kalau nilai-nilai sekecil ini tidak terjaga. Sikap kita sebagai tetamu mestilah beradab, termasuklah sewaktu menyenduk makanan ke pinggan.. berfikirlah sejenak jangan ikutkan nafsu. Manalah tahu masakan tu tak seenak rupanya, tentu akhirnya tak habis dimakan…

Niat kita menghadiri majlis untuk memenuhi undangan, meraikan pengantin bukan untuk mengisi perut menjamu selera sesedap nafsu….

 

Masker Buatan Sendiri

Dua hari berjemur tengah padang jadi ahli Unit Kecemasan, kulit muka jadi gelap sket. Ni kelemahannya kalau berkulit cerah, berpanas sket mesti jadik merah atau gelap. Nak beli masker kat bandar kecil tempat aku ni takde plak. Yang berkenan di hati hanyalah produk Skin Food. Kena pakai bedak sejuk la jawabnya.

Emm… bedak sejuk ni okey berkesanla jugak tapi…kalau pakai muka rasa tegang + kering…

Tetiba terfikir nak buat masker sndiri. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur. Contohnya tomato, yoghurt dll. Bahan semula jadi. Lebih selamat tanpa bahan kimia.

Mula-mula, cari dulu resipi ( bukan makanan je ada resipi!!!) masker kat Mr Goggle. Taip homemade mask banyaklah pilihan.Untuk memutihkan, untuk kulit oily, tegangkan muka, muka yang sunburn dsb.

So far, aku dah cuba  jenis masker berasaskan yoghurt. Dua-dua ni baik untuk muka yang kena bahang matahari dan berminyak. Amalkan setiap hari atau kalau malas pun 2/3 kali seminggu.

Bahan-bahan untuk masker:

2/3 susu yoghurt ( plain yoghurt )

2 sudu organic oatmeal ( dikisar )

lemon ( ambil jusnya )/ madu

Cara membuat :

Campurkan yoghurt bersama oat yang sudah dikisar. Jika kulit berminyak, tambahkan beberapa titik jus buah lemon. Jika kulit kering/normal tambahkan 1 sudu kecil madu. Oleskan campuran tadi pada wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, untuk membersihkan muka, basahkan tuala yang bersih dengan air suam. Gosokkan pada wajah sehingga semua sisa masker tadi bersih.

* Jika diamalkan secara konsisten, insyaallah muka jadi bersih, glowing dan cerah semula jadi.

Untuk menyejukkan muka yang terasa hangat/terbakar kena bahang matahari, boleh gunakan ubi kentang. Caranya mudah sahaja, hiris ubi kentang nipis-nipis lepas tu tempekkan pada muka. Biar hingga kering. Buat berulang-ulang pun tak apa sebab tiada kesan sampingan.

Nasyid Kontemporari

Walaupun aku ni sejak remaja melayan lagu rock omputih dan sekarang terminat lagu-lagu Kpop tapi hati aku tetap tersentuh ngan lagu-lagu nasyid. Dulu mestilah Raihan jadi kegemaran hinggakan liriknya yang bermakna kekal di ingatan sampai sekrang. Tak boleh lupa satu lagu tu yang ada lirik ..

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertakwa

Sangat mendalam maksudnya kan.

Lebih-lebih lagi sebab Nazri tu orang Sabah. Ulun tokuo kata kami orang Sabah. Sejarah hidup dia ni sebagai muslim pun menarik dihayati. Nazri juga pernah duet ngan penyanyi Arab Yaman, lagunya Araftukaa…best jugak lagunya. Ada kat youtube, banyaklah respon…bahasa apa tu. sekurang-kurangnya bukan saja berdakwah, Nazri dah memperdengarkan bahasa Melayu jugak…For me, Raihan still the best nasyeed group…pencapaian mereka sukar ditandingi, Buat show sampai ke Rusia, UK dll.

Tahun lepas aku mula mengenali Sami Yusuf, Maher Zain dan Zain Bikha. Dan ada sorang penyanyi Arab yang suara dia sangat power aku ingat Ya Mawlay kot tajuk lagunya, yang duet ngan Nazri tu la.

Sebab aku mula ngan Sami Yusuf so dia still no. 1 di hati aku. ( fangirl mode….hehhehe). Kalau dengar lagu Asma Allah tu siap mengalir air mata mengenangkan kebesaran Allah. Lagu Mother pun best. Hinggakan versi Turkish pun aku boleh layan…lagu penghargaan untuk seorang ibu. Yang terbaru aku suka lagu Healing. Tengok dalam youtube video Healing best. Sami Yusuf dah dapat penghargaan pun atas sumbangan sebagai King of Islamic Pop itu. Bila ditanya apa perasaannya tentang ada orang yang masuk Islam selepas mendengar lagu Al-Muallim, Sami Yusuf tak mahu komen, takut timbul perasaan riak katanya. Merendah diri kan…sudahlah berbakat, rupa handsome sejuk mata memandang, suara sedap, kaya…bla-bla…..

Sami Yusuf….

Best friend pulak asyik nak compare Sami Yusuf ngan Maher Zain. Dia peminat tegar Maher Zain. Its okay. Masing-masing ada minat sendiri. But don’t kutuk-kutuk Sami Yusuf la kan. Hehhehe.  Aku pun berkenan dengan lagu-lagu MZ ni. Lagu Thank You Allah, Open Your Eyes paling aku suka. Maher Zain ni pun spesis cam Sami Yusuf jugak. Pakej lengkap. Hehheheh… rasanya x factor yang satu ni jadi pelaris jugak kot. Sambil-sambil mendengar lirik bermakna tu, mesti fan girl dia terbayang-bayang senyuman manis dia kan…hahahha

Sejak ada TV Al Hijrah ni, aku mula kenal Irfan Makki pula. Lagu Irfan, Waiting For The Call tu disiarkan setiap kali ada laporan haji. Emak belum dapat giliran ke sana. So, bagi merawat hati, dia suka tengok laporan haji tu. Aku suka juga melayan. Dari situ dengar lagu tu. Berkenan sangat. Menghayati liriknya, hati rasa teringin sangat nak ke Tanah Suci.

Lagu I Believe feat Maher Zain tu pun best sangat.So, officially I am his fan. Yang ni kira pure la. Tanpa faktor kehenseman…hehhehe betul-betul sebab lagunya yang menyentuh hati. Suara dia best, macam Michael Jackson…

Lirik lagu Waiting For The Call

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall