Pembaziran yang menyedihkan…

Aku akui diriku sendiri memang boros tapi bila sesekali angin keinsafan bertiup aku pandaila juga berjimat cermat. Tapi dalam banyak-banyak hal aku paling tak suka boros dalam soal makanan.

Sepanjang cuti sekolah hujung tahun memangla tiada hujung minggu yang kosong tanpa majlis kahwin. Walaupun yang diundang tu emak biasanya aku jugalah jadi drebar. Aku tak kisah. Memang aku suka menghadiri majlis kahwin ni, boleh buat perbandingan sebagai persiapan untuk majlis sendiri ….hehhehe… Suka tengok tema yang dipilih, pelamin, menu hidangan, gelagat orang, dan berjumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa…

Cuma yang sedihnya, majlis-majlis ni mengundang pembaziran…Dah jadi tabiat aku dan emak biasanya kami akan makan sedikit sebagai alas perut sebelum ke majlis supaya nanti taklah terambil makanan banyak sangat. Bukan apa, kalau kita tengah lapar kita cenderung ambil banyak, takut nanti tak habis pula. Lebih baik ambil sikit atau sederhana, yang penting pinggan kita bersih tak berbaki kecuali tulang-tulang ler.

Kasihan kat tuan rumah yang bersusah-payah menyediakan makanan yang banyak dan pelbagai untuk tetamu. Tup-tup tamu senang-senang je ambil makanan tu penuh-penuh pinggan lepas tu tak habis. Aku pulak yang terasa sedih tengok pinggan-pinggan yang masih bersisa nasi dan lauk-pauk yang banyak tu. Kalau rasa tak boleh habiskan, janganlah ambil banyak. Bayangkanlah kalau ada 100 pinggan yang masih ada separuh sisa nasi, lauk-pauk kalau dikumpulkan boleh penuhkan satu besen besar tu. Ke manalah nak dibuang sisa-sisa tu. Orang kat Somalia kebuluran kurang makanan, kita di Malaysia ini mewah makanan tak bersyukur.

Entahlah…ke mana agaknya berkat kenduri itu kalau nilai-nilai sekecil ini tidak terjaga. Sikap kita sebagai tetamu mestilah beradab, termasuklah sewaktu menyenduk makanan ke pinggan.. berfikirlah sejenak jangan ikutkan nafsu. Manalah tahu masakan tu tak seenak rupanya, tentu akhirnya tak habis dimakan…

Niat kita menghadiri majlis untuk memenuhi undangan, meraikan pengantin bukan untuk mengisi perut menjamu selera sesedap nafsu….

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s