Limau dan Lemon : kegunaannya

Limau ada banyak jenis. Saya rasa semua orang dah tahu hal ni, ada limau kasturi, limau nipis atau kalau di tempat saya disebut limau kapas, limau purut. Limau ni termasuk kategori tumbuhan sitrus samalah jugak macam lemon. Kedua-dua buah ni banyak kegunaannya.

Sebelum ni saya ada buat entri pasal masker yang ada jus lemon sebagai bahannya. Sebenarnya ada lagi kegunaan lemon yang lain

Makanan Malaysia memang terkenal dengan penggunaan minyak kan. So, setiap kali nak cuci pinggan mangkuk, kuali dan belanga kita perlukan sabun yang dapat menghilangkan minyak-minyak tu. Barangan plastik pulak kalau dah kena minyak susah nak bersihkan. Okey, dalam hal ni kita boleh gunakan buah lemon untukjadikan pencucian tu lebih berkesan. Caranya mudah saja, lemon tu belah dua ikut suka, lepas tu perahkan jusnya campurkan sekali dengan sabun pencuc piring tak kiralahjenis cecair ke atau paste. Kalau tak pun perahkan kat span tu. Kalau gelas kaca, ia akan jadi lebih bersinar dengan cucian yg ada perahan lemon tadi. Bau-bau hanyir sisa makanan pun hilang dengan lebih berkesan.

 

Limau kasturi pulak boleh digunakan bagi menggantikan asam jawa dalam masakan bergoreng. Contohnya nak goreng ikan atau ayam, biasanya kita gunakan asam jawa kan. Cuba gantikannya dengan jus limau kasturi. Insyaallah ikan atau ayam yang kita goreng tu takkan nampak hitam ( kalau tergoreng lama sket biasa kan boleh jadi hitam) dan bau hanyir ikan atau ayam tu pun hilang…Petua ni ibu saudara yg ajarkan. Memang kat belakang rumah ada pokok limau kasturi, so selalula gunakan limau kasturi untuk goreng lauk.

Limau purut pulak dikatakan baik untuk demam panas. Tapi saya sendiri lebih suka gosokkan buah limau purut tu pada kulit kepala sebelum mandi, untuk hilangkan gatal-gatal dan sakit kepala… takdela berkesan 100% tapi bolehlah melegakan sedikit…

 

So, kalau ada lemon atau limau yang banyak kat peti ais, jangan dibuang ia masih boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s