Penangan rancangan masakan

Ada banyak rancangan masakan di kaca tv sekarang. Sejak tahun lalu aku memang gemar menonton rancangan berasaskan masakan atau makanan ni. Antara yang sentiasa diikuti ialah Top Chef (Season 1, 2, 3, 4, 5 dan 7), Junior Masterchef Australia, Top Chef Masters, Iron Chef, The Next Iron Chef, Fresh With Anna Olson dan Sugar.

Tahun-tahun sebelum ni, rancangan masakan Malaysia masih kurang kalau adapun pada bulan Ramadan. Tahun ini macam dah banyak jugak. Mungkin ini tanda menunjukkan betapa kuat makannya rakyat Malaysia atau makmurnya hidup orang Malaysia..hehehhe. Sekarang ni pun tengah hangat Masterchef Malaysia, dan banyakla juri-juri tak bertauliah di dunia internet ni meluahkan pelbagai komen…hehhehe nampaknya orang Malaysia nak jadi macam orang Itali atau Perancis dah ke ni?? Menganggap makanan satu budaya…sudah-sudah ler tu…

Dalam banyak-banyak rancangan masakan ni, aku paling suka rancangan yang dikelolakan oleh chef—chef yang handal tapi tidak termasuk Nigella chef selebriti Britton tu..tak minatla dengan gaya masaknya yang kadang-kadang cam bersepah tu…lepas tu suka sangat masak bacon, ham, pork (faham-fahamla tu apa…). Aku memang lebih minat Anna Olson.

Anna Olson ni pastry chef, orang Canada. Orangnya lawa, dah kahwin dengan chef jugak sayangnya husband dia nampak tua dan gemok…hehehhe. Apa yang saya suka kat Anna ni sebab dia jarang masak daging tutttt tu kot. Biasanya Anna guna bahan segar yang dia sendiri petik dari kebun atau ladang. Cara dia memasak pun kemas, teratur dan bersih. Masakan dia lebih kepada simple tapi banyak teknik digunakan.

Anna juga hos rancangan Sugar. Dalam rancangan ni, dia tunjuk cara buat kek, pastry je la…start rancangan ni saya suka tengok dia. Kerjanya kemas, orangnya pun kemas. Aku memang tak gemar tengok chef yang serabai je. Rasa tak berselera nak ikut resipi dia.

Dapur Anna sendiri digunakan untuk rancangan Fresh with Anna. Nampak besar dlm tv, rupanya kecik je. Biru…my fav color tu...

Top Chef memang aku follow sejak tahun lalu. Rancangan reality. Tapi peserta dia semuanya memang chef professional. Ada caterer, pemilik restoran, eksekutif chef, sous chef dsb. Itu yang membezakan Top Chef ngan Master Chef. Masterchef ialah pertandingan masakan untuk tukang masak amatur yang tak ada pengalaman  di dapur professional. Maksudnya masak kat rumah je or masak sekadar minat je tanpa latihan profesional.

Tertarik tengok chef-chef tu buat kerja ngan cekap dan pantas dalam masa yang singkat. Pastu hidangan yang dihasilkan dalam masa 20 minit ( Ujian pantas dia atau Quickfire, 20 minit je) nampak cantik je. Antara peserta yang top dan aku minat ialah Dale Levitski ( musim 3), Antonia ; Stephanie (musim 4 ) dan Angelo Sosa (musim 7). Jangan tak tahu Angela Sosa pandai masak masakan Malaysia tau sebab dia tolong jadi chef untuk MalaysiaKitchen di New York sebagai langkah mempromosi masakan Malaysia. Dan sejak tu, Angelo selalu gunakan bahan masakan Malaysia di restorannya. Favourite Angelo ialah gula Melaka…hehhehe bangga kan..Angelo pernah travel ke Malaysia selama 2 minggu semata-mata untuk mempelajari masakan kita.

Walaupun suka tengok kecekapan, kreativiti dan kemahiran chef-chef itu, tetap nampak ada yang tak kena. Attitude dorang yang kuat bersaing tu nampak sangat ketara. Dengki, iri hati macam biasa sangat. Kutuk-mengutuk, bertengkar. Minum beer. Perangai dorang memang teruk. Dalam banyak2 tu agaknya perangai Stephanie je yg berkenan di hati. Humble and sweet. Girl next door! Sebab tu dia jadi juara musim ke 4 dan peserta pilihan penonton.

Satu lagi, kadang-kadang rasa geram tengok juri-juri tu makan. Yelah dorang tak baca bismillah kan…rasa geram. Itulah yang membezakan orang Islam dengan orang kafir. Kita makan ikut tertib dimulakan dengan nama Allah, doa tanda mensyukuri rezeki dari-Nya. Lepas tu, sunnah nabi jugak, basuh tangan sebelum makan dan jangan mengata makanan yang dihidangkan. Terimalah apa  adanya. Kunyah makanan elok-elok. Ambil makanan yang paling hampir dengan kita dulu. Makan hingga habis dan bersyukur lepas makan.

Alhamdulillah, rasa bersyukur menjadi seorang muslim yang diajar adab dalam kehidupan. Kita diajar menjadi sederhana dan bersyukur. Bukankah itu sesuatu yang lebih bermakna. Makanan yang enak, cantik, mahal apalah sangat…akhirnya masuk ke mulut, kemudian menjadi najis juga. Hidup bukan untuk makan. Fikir-fikirkanlah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s