Best ke tempat-tempat ni?????

Tajuk pos aku ni merupakan luahan rasa aku, apa yang aku asyik fikirkan…sebab tempat-tempat ni INSYAALLAH akan kukunjungi tahun ni…

1. HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Imej

Tiket aku dah confrim tarikh dan masanya pada 4 Jun 2012 ni…balik 8 Jun 2012…pergi berlima. Dulu aku pernah niat nak ke Vietnam ni ( ke Hanoi sebenarnya), nda sangka mo jadi jugak la…moga-moga kami berlima selamat di sana…sebenarnya aku kurang excited ni, hehehhe tapi pegi aja la…harap2 best…

2. HONG KONG

Imej

Tiket pergi aku dah beli pada 27 September 2012 ni…harga promo punya pasal, aku grab ja dgn tak pikir2…mo pigi sama sapa, aku terpaksa pi solo la ni…erm…tetiba ada member berminat mo join…INSYAALLAH jadi la kot ni…tp tiket balik lum beli…hehhehe yang ni aku excited betul, terbayang2 Disneyland ngan segala kedai2 perfume, Fa Yuen Street tu…wah…hopefully jadi dan kami berdua selamat meredah HK sendiri-sendiri…

3. SOUTH KOREA (SEOUL & JEJU)

Imej

yang ni, tiket segala apa belom beli…mulanya mo pi secara backpack tapi tiket belum beli dan sehingga saat ni, aku gagal ‘menangkap’ harga murah. Mungkin khidmat TA terpaksa digunakan, ikut pakejla jawabnya…ahhhh!!!! nda bestnya. Aku berangan mo stay di salah satu guest house jenis hanbok tu…dan skip segala kilang ginseng n jade tu…nda apalah…yang penting Jeju ada dalam initerary nanti…sekarang aku tengah sibuk/menyibukkan diri mengintai pakej terbaik untuk pigi bulan 11¬† nanti. Autumn time babe…

Advertisements

Rumah Terbalik, Kg Telibong, Tamparuli

Asalnya aku drive ikut dari KK ikut Jalan Sulaman…entah napa aku mcm nda konfiden ja lalu jalan tu…lepas Restoran Gayang tu aku pi pusing balik KK. Nda ka bengongnya aku tu…

Dari KK, aku decided ikut jalan lama la…yang jalan ni aku ngam dan biasa…hehhe. Dari bulatan Tuaran/Ranau tu nda jauh sudah Rumah Terbalik ni, dalam 10 minit ja, so dari KK dalam 20 minitla juga..Dari bulatan tu, nda bulih laju-laju, bawak slow sebab mo tengok-tengok signboard Rumah Terbalik tu takut kelimpasan…sign boardnya The Upside and Down House…dari luar lagi udah nampak banyak kereta yang parking..

Aku parking ngam2 depan kereta kancil yang terbalik tu…hehhehe Kancil bertemu Kancil…

Bayaran masuk RM10 utk orang dewasa, kanak2 RM5. Aku rasa pegi hari Ahad memang nda sesuwai…banyak orang..

Rumah Terbalik bahagian depan

pandangan dari sisi…sori ada paha amoi…hehhe sila jgn fokus yg tu…

bahagian belakang…ada ampaian baju, basikal….

my niece tgh sebok ambek gambar

Mug dan fridge magnet yg kami beli…key chain dah habis…mentang-mentangla Datuk Masidi baru rasmi hari Jumaat tu…cepat ja abis…

Jalan-jalan Hujung Minggu

Cuti seminggu kali ni macam bukan cuti sebenarnya. Banyak urusan. Banyak kerja sekolah perlu disiapkan. Rasanya nda terbuat semuanya.

Sebelum mula nak buat semua tu, weekend pertama ni aku nak spend untuk jalan-jalan sekitar KK…target nak ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Malam pula pegi Perdana Park tengok ‘Musical of Fountain’ sebelum shopping di CP…

Pagi-pagi Ahad ni, mula-mula pegi Tamu Jalan Gaya dulu, mo cari beg ‘sikut’ yang non-ori punya. Ada satu gerai yang aku berkenan…

Nda sangka pagi Ahad kali ni, punyala ramai orang di tamu Gaya ni…apahal ramai betul pelancong orang putih ni…(tua-tua lagi tu…hehhee ndada pula yang muda n hensem )…dari kawasan Waterfront pun dorang punyalah ramai…bas pesiaran berderet-deret.

Bukanlah aku jakun, nda biasa tengok orang putih cuma kali ni luarbiasa ramainya, geng tua lagi tu….hehhe

Frust aku…beg sikut yang kuidamkan tiada la pula. Gerai perempuan tu biasanya dekat¬† round about fountain tu, tiada la pula minggu ni…diganti gerai perempuan cina …emmm akhirnya aku cuma beli inner tudung warna krim. Sia-sia betul, sudahla bersesak di tamu tu…

Kesia-siaan yang kedua ialah makan di restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, dalam Suria Sabah. Orderla nasi lemak rendang ayam. Nasinya sikit ja. Ayam banyak kulit dari isi. Emmm…bayar mahal tu untuk cover byrn sewa dorang di Suria tu ja…

On the way ke Rumah Terbalik, masa lalu depan pelabuhan nampakla kapal besar…namanya Queen Elizabeth…oo ni la sebab ramai orang putih tua2 tu…misti dorang naik kapal ni..