Jalan-jalan Hujung Minggu

Cuti seminggu kali ni macam bukan cuti sebenarnya. Banyak urusan. Banyak kerja sekolah perlu disiapkan. Rasanya nda terbuat semuanya.

Sebelum mula nak buat semua tu, weekend pertama ni aku nak spend untuk jalan-jalan sekitar KK…target nak ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Malam pula pegi Perdana Park tengok ‘Musical of Fountain’ sebelum shopping di CP…

Pagi-pagi Ahad ni, mula-mula pegi Tamu Jalan Gaya dulu, mo cari beg ‘sikut’ yang non-ori punya. Ada satu gerai yang aku berkenan…

Nda sangka pagi Ahad kali ni, punyala ramai orang di tamu Gaya ni…apahal ramai betul pelancong orang putih ni…(tua-tua lagi tu…hehhee ndada pula yang muda n hensem )…dari kawasan Waterfront pun dorang punyalah ramai…bas pesiaran berderet-deret.

Bukanlah aku jakun, nda biasa tengok orang putih cuma kali ni luarbiasa ramainya, geng tua lagi tu….hehhe

Frust aku…beg sikut yang kuidamkan tiada la pula. Gerai perempuan tu biasanya dekat  round about fountain tu, tiada la pula minggu ni…diganti gerai perempuan cina …emmm akhirnya aku cuma beli inner tudung warna krim. Sia-sia betul, sudahla bersesak di tamu tu…

Kesia-siaan yang kedua ialah makan di restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, dalam Suria Sabah. Orderla nasi lemak rendang ayam. Nasinya sikit ja. Ayam banyak kulit dari isi. Emmm…bayar mahal tu untuk cover byrn sewa dorang di Suria tu ja…

On the way ke Rumah Terbalik, masa lalu depan pelabuhan nampakla kapal besar…namanya Queen Elizabeth…oo ni la sebab ramai orang putih tua2 tu…misti dorang naik kapal ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s