Lagi…review perfume

Agak lama aku tak mereview perfume2 yg kupakai…just for sharing…

Hari ni kurang sibuk + kurang tensen aku rasa nak mereview 3 perfume…

1. GLAM SWEET SIXTEEN by Jeanne Arthes- harga dalam RM40 kot…dah lupe…beli kat airport (tempat paling best bg aku utk beli perfume). Botol cantik, ada sedikit warna gold kat cap. Bau seperti namanya sweet, manis. Rasanya perfume sesuai untuk remaja 16 tahun tapi kerna aku dah suka bau + botolnya itu, aku beli je la. Plus, member kate wah…wanginya (selepas aku menyembur perfume ni kat badan). Ketahanan dalam 4-5 jam sahaja. Aku beli 50ml punya…dapatlah pakai dalam 3 bulan berselang seli dengan perfume lain.

2. Forever and Ever by Dior – aku sangat puas hati dengan perfume ni. Walaupun dari segi lasting, tak sehebat Chloe, tapi bau yang soft, fresh memang aku suka. Kejap je aku menghabihkan perfume ni…dah suka, so aku asyik sembur perfume ni je….diumpamakan bau dia macam bau taman bunga di awal musim bunga. bunga yang segar baru berputik….chewah macamla aku pernah merasai awal musim bunga.

3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo – sebelum ni aku dah pernah pakaiIncanto Heaven,so ini sekadar menambah koleksi Incanto aku. Bagi aku, Bloom lebih sweet daripada Heaven dan Charms…cuma tidaklah semanis bau Nina Ricci botol apple tu…yang tu baunya macam menyesakkan nafas (bagi aku ler, padahal perfume tu bestseller tu)…Bloom ni umpama gadis pakai gaun putih kembang bereben kat pinggang…design botol ni memang kena dengan baunya. Cute and elegant.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s