Di bumi Mahsuri

Hari kedua ….

Misi diteruskan hari ini. Malam tadi kami dah sepakat tempat yang nak dituju ialah kilang gamat, Cable Car dan kota Mahsuri. Sebelah petang, Dataran Lang dan kedai Haji Ismail Group….

Dalam perjalanan ke Cable Car kami singgah kilang gamat Nusantara. Banyak juga aku menyopping di kilang ni…entah apa-apa yang aku beli. Buat berat mengangkut jak… segala krim rambut pun aku beli. Bila nak pakai pun tak tahu lagi…

Gamat yang dikeringkan…

Di Cable Car tu aku beli fridge magnet jak. Key chain aku tak berselera nak membeli sebab mana tau lain kali aku nak datang lagi ke sini. Cuaca tak berapa mengizinkan, berkabus. Masa tu, sempat turun hujan dalam 10 minit. Malaslah jadinya nak naik cable car tu. May be next time.

Singgah di stesen ni untuk ke Geopark…nice view!!!

Dari sini, kami ke Kota Mahsuri pula. Kata mama, tempat tu dah kurang keasliannya. Tak sama macam masa dia pergi tahun 90an dulu. Tak banyak snap gambar di sini. Aku tak naik pun ke rumah Mahsuri tu…entahla aku dah malas menghayati replika rumah2 ni…teringat pengalaman di Kampung Budaya Sarawak. Cuma aku suka air perigi Mahsuri tu, sejukk ja. Best cuci muka. Anak-anak buah excited ja menghayun timba tu. Yelah, budak2 ni mana sempat merasa zaman mandi air telaga. Mujurlah aku sempat merasai zaman mandi air telaga….dan mengangkut air telaga hingga ke rumah.

Telaga di laman rumah Mahsuri…

Petang, kami ke Dataran Lang. Posing sana posing sini ambik gambar. Lepas tu round-round lagi sekitar pekan Kuah, termasuklah shopping cokelat di Kedai Haji Ismail Group. Aku beli tshirt RM9.90 ja di sini. Hahaha…dasar kedekut. Zaman makan cokelat aku dah berlalu, dah kurang keterujaan makan cokelat. Anak buah yang tengah remaja seronoklah memilih-milih cokelat mahal.

Kekononnya perfume murah kat Langkawi ni, alang-alang sampai aku pun belilah sebotol perfume. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo. Ini perfume Ferragamo yg kedua aku. Saja nak tambah koleksi. Review Incanto Bloom akan menyusul. Aku juga beli beg galas untuk trip-trip lain.

Malam. Cuma kakak dan abang ipar keluar beli makanan. Tapau ja. Kami semua relax kat hotel. Berehat sebagai persediaan esok kena naik feri, naik bas lagi.

Selamat tinggal Langkawi, aku berminat nak datang lagi ke Langkawi. Aku suka ketenangan dan sense of innocence pulau ini. Aku memang suka tempat di mana aku rasa orang-orangnya tak sombong dan hidup secara aman ja. Kiranya jiwa aku ni memang sukakan suasana desa sikit. Lagipun, Langkawi masih bersih dan terpelihara, sesuai untuk menenangkan fikiran. Bila masanya aku tak pasti…mungkin bersama yang tersayang…insyaallah…

One thought on “Di bumi Mahsuri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s