Coach ( Factory atau Butik )

Sejak jadi peminat beg atau tepatnya Coach ni, aku rajin menjelajah dari satu blog ke satu blog mencari tawaran harga paling murah dan sesuai. Aku juga cuba membaca tips-tips terutama cara mengenal pasti Coach original atau fake.

Coach ni pun sebenarnya ada Coach factory…di sini barangan Coach diperbuat di kilang-kilang yang terletak di luar US, cthnya China dan Vietnam. Harga di butik Coach Factory lebih murah malah design pun tak sama, cuma (menurut yg aku baca) ada juga design dari Butik Coach dihantar ke butik Coach Factory, mungkin design yang tak laku la..

berdasarkan satu blog tu, kononnya kat US nun, customer Coach Factory Outlet ni rata2 memang muka Asian. Semua nak berbeg berjenama, tak kira tua muda, kata si penulis blog brand talk.com tu yg pastinya mesti seorang Caucasian..

Okey…tapi kesimpulannya, barangan dari Coach Boutique atau Coach Factory Outlet datang dari syarikat yg sama, dua2 ori cuma dari CFO dikatakan kualitinya kureengg sikit…biasalah hasil kilang bukan handmade kan…

Bagi aku tak kira la Coach Boutique ke atau CFO, janji Coach, janji design lawa. Serius, bagiku beg2 dari CFO tu design dan warna lebih menarik hatiku…tilik dan belek juga beg2 kat Coach.com tu tapi berkenan juga beg2 dari CFO tu. Lebih penting, harganya pun mampu milik

Tepuk dada tanya selera…

Advertisements

Gila beg pula!!!

Akhir-akhir ni, minatku beralih kepada beg pula. Sebelum ini memang aku kuat shopping beg juga, tapi biasanya dalam setahun dua atau tiga kali je membeli. Itupun beli yang murah-murah. Sekarang ni, minat kepada aksesori yang satu ni bercambah-cambah….

Dalam sebulan dua ni je, aku dah gila membeli Coach . makin lama hopping blog to blog makin banyak brand yang kukenali (kalau brand perfume aku dah lama arif)…semakin berkenan pulak nak menambah koleksi dari brand Fossil dan Kate Spade…

Sebelum ni tak terfikir nak membeli beg berharga ratus-ratus nii apatah lagi hingga empat angka. Sebab tu walaupun dah bertahun aku berkerja, tak pernah sekali pun aku membeli beg BOnia (dulu2 orang kira banggala kalau pakai beg Bonia, now ni dah tak kena pandang)…salah satu sebabnya designnya tak pernah menarik hati ni…Tapi sejak berkenalan dengan Coach, jadi tak berkira pulak dengan harganya. Kira style dan design memang menarik hati. Mungkin tak segah Gucci, Miu Miu atau LV tapi itu je la yang mampu milik bagi aku. Beg2 Kate Spade pun menarik jugak…simple yet elegant. Especially tote dia…

Coach dah ada sebiji…Kate Spade satu…teringin nak dapatkan satu beg Fossil style crossbody material leather…senang nak gi travel lasak sket…takla pakai sekali dua terus lusuh…kelabu…

Kali ni azam dah semat awal-awal…beg mahal-mahal ni akan dijaga elok2….disimpan…dipastikan kebersihan dan kecantikannya…