Sebulan lagi…. to HK

Hari ini 30 Okt 2012…so maknanya lebih kurang sebulan lagi trip ai ke HK ngan 3 lg member..

29 Nov flight insyaallah tanpa delay pukul 4.30pm.

Cuaca : Masa tu pertukaran dari autumn ke winter…mengikut pembacaan ai sebelum ni bulan Nov suhu dalam belas2 darjah celcius..so lately ai selalu set aircond ke 18 darjah celcius..kengkonon nak membiasakan diri
Hotel : instead of hotel, i choose hostel. Nama hostel yg i pilih Panda’s Hostel dan Yiufai Guesthouse… faktor2 pemilihan

1.Ikut dlm gmbr website hostel ni, bus stop  utk bas dr airport ngam2 je depan bangunan Comfort BUilding iaitu bangunan terletaknya hostel ni. Yiufai Guesthouse plak dlm bangunan Golden Crown Court House. 2. Dekat stesen MTR Tsim tsa Tsui exit B..dr gambar website exit B tu dlm 50 meter je ngan bangunan hostel. 3. Terletak di area Tsim Tsa Tsui yg byk option makanan halal. Masjid Kowloon pun dekat. 4. Harga…drp abiskan duit utk sewa bilik hotel yg kadarnya amatlah tinggi kat HK tu baik save budget…boleh nyopping lebih2…5. Hostel ni baru …. x suka bau semcm or perabot lama so…harapnya hotel ni masih mcm baby…6. Tidak terletak di the famous ChungKIng Mansion or Mirador Mansion… dah baca byk komen negatif tentang 2 mansion ni…cuakla jugak cos kitaorang ni semuanya ladies…klu la ada seorang hero kami…

sebenarnya x jadi hal sangat…tengok kat agoda.com hostel kat mansion2 ni nampak bersih gak. Setelah mengemail hostel dan guesthouse ni, ai ambik bilik double utk 2org Panda’s Hostel agak mahal 1 bilik kira2 RM325 pernight (Kongsi 2 org jadi rm162.5 seorg), di Yiufai kami kena HKD450 pernight atau lebiH kurang RM188. Total kos penginapan utk seorang baru dlm rm445.00 SAHAJA.

Harus diingat, RM445 bagi 4mlm utk standard HK memang dah murah. Kami memang sepakat tak nak bermewah-mewah…as long as we can sleep, bath dan pray thats okay…

Kat sini i boleh share hotel2 bajet yg tak jauh drp MTR (Hasil gogglelan selama berbulan2), so kalau ada yg x minat or x sanggup tinggal kat guesthouse boleh consider this list
1. Hotel Goodrich – terletak di area Jordan, x jauh dr Temple Market dan MTR Jordan
2. Casa Hotel – terletak di area Yau Mei Tai…dlm gmbr nampak selesa, tp ada blogger kata bilik sgtla kecik
3. Evergreen Hotel – di Mongkok
4. Mingle In The Star – di Wan Chai, tak bestnya hotel ni takde lift
5. Wifi Boutique Hotel – di Wan Chai
6. Pop Hotel – di Mongkok (tp ai terbaca review area ni redlight…)
7. Carita Bianchi Lodge – di Yau Mei Tai

Attractions:

1. The Peak – ai memg nak sangat gi sini…byk blog komen tempat ni la WAJIB dikunjungi kalau gi HK…semestinya nak singgah Madame Tussaud gak…target nak naik feri dari Tsim Tsa Tsui ke Central …pastu naik tram ke The Peak…

2. Disneyland

– ai bukan muda remaja lg tp impian masa kecik memang nak ke sini so…even dah tua bangka ni tak kira nak gak gi Disneyland. Semestinya nak naik MTR ke sini…

3. Stanley Market

– dr pengogglelan ( istilah baru)…view ke Stanley ni cantik sbb area ni kwsn nelayan…plus beli-belah kat sini tak payah bargain bagai nak rak…so this is my choice rather than Ladies Market…sbb ai x berapa nak pakar bab2 membargain ni…sgtla x sukenya…x mo dah pengalaman kat HCMC.

4. Citygate Outlet

– maybe singgah masa last day…hopefully sempat…

byk lg dlm list ni tp….yg penting cuma empat di atas

Senarai restoran halal pun dah carik..boleh check kat http://www.discoverHongKong.com kena teroka la skit web ni…pasti jumpa..

bon voyage…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s