Blog bukan FB….

Kebelakangan ni aku kurang aktif di muka buku a.k.a FB…ada sedikit isu di situ..

Aku lebih suka layan blog biasa-biasa aku ni drpd mengapdet status di FB…biasanya aku lebih suka baca status orang…kalau rasa-rasa status itu bermakna dan bukan sekadar nak heboh satu dunia pasal dia dapat handpon baru, pasal dia gaduh ngan bf, pasal hari ni dia masak apa dan segala yg merapu-rapu tu aku akan KOMEN dengan penuh semangat…

Macam anak sedara aku, lainla umur muda remaja…apdet status tiap hari, dan rajin upload gambar.. kalau upload gambar jalan2 tetiba ada komen ala-ala sinis a.k.a berunsur jeles tu yg buat aku panass….tak boleh tengok orang senang…ada je nak mengomen ala-ala dengki…rasa nak unfriend je manusia camni…nanti tetiba dia perasan plak kita hilang daripada senarai susah jugak…lagi-lagi kalau yg jenis friend tak sampai 200 orang, mesti senang dia nak mengesan…hehehhe

Untuk mengelakkan aku sakit hati dan rasa nak unfriend kawan, aku beralih ke dunia blog ni….biar tiada follower janji hati senang….

 

 

sakura oh sakura

since minat aku dah bercambah kat Jepun, pengugelan aku semuanya berkisar tentang Jepun je, kalau lappy aku ni boleh bersuara mesti ayat dia “hello miss….takde ke tempat lain ko nak gogel?? asyik Jepang manjang hehehhe…dalam masa beberapa hari je aku dah menyusun senarai tempat2 menarik sekitar Tokyo- Kyoto-Osaka…dah hafal tau nama2 tempat tu…tahniah untuk diriku…

Antara tempat menarik sekitar Tokyo yang pada aku wajib masuk list ialah…

1.  Hakone – tempat yg sesuai utk menikmati view Mount Fuji meskipun hanya dari kejauhan..ia taklah terletak betul2 di Tokyo, mcm di luar Tokyo sket tp still masa kat Tokyo tempat ni adalah wajib dikunjungi…

2. Shibuya – tempat zebra crossing paling sibuk di dunia( ops..ye ke…?) aku ni tak suka crowded ni tapi dah nama kat Tokyo wajib nak tengok tempat ni…dan sama2 berlari with japanese mengcross jalan…

3. Disney Sea -“hello…tak serik lagi ke gi Disney-disney ni”….hehehe aku rasa Disney Sea ni mesti lagikk menarik drpd Disneyland HK yang buoohsan…hehehe theme ocean-ocean ni mesti ada kelainan kan…

tokyo_disneysea

4. Tsukji Fish Market -dulu aku ni suka subjek Geografi dan seingat aku Jepun ni pengeksport hasil laut termashyur di dunia, especially perikanan laut dalam Jepun adalah the best…so aku teringin nak tengok fish market diorang…nak jenguk jerung ke paus ke….hehehhe melalut lak…nak tengok tuna saiz besaq2 je…aku kan hari2 makan sandwich tuna…

p/s pelik sedikit kan tempat yg aku nak lawat ni…well, aku nak gak jadi traveller ala-ala National Geographic…

fishmarketjapan

5. Imperial Palace ( The East Garden) – aku takkan masuk area palace tu betul2 sebab nak masuk ada fee, tapi info kat tripadvisor kata masuk East Garden tu free….bolehla…

aku selalu baca 3 days in….with budget dalam tripadvisor tu, dalam artikel camni selalu ada idea nak discover sesuatu tempat secara NO FEE

sekarang kat Kyoto pulak…satu tempat yang sangat indah di dalam gambar ( hopefully in reality too…aku yakin memang cantik walaupon x sampai lg)….

1. Arashiyama – kat area ni ada dua attraction aku nak tengok ….Togetsukyo Bridge iaitu jambatan drpd buluh…Tenryuji Temple iaitu kawasan bamboo groves yg femes tu…arashiyama

 

2. Kinkakuji – tempat ni  ada temple emas

3. Senbon Tori /Tori Gates – gates disusun rapat macam lorong…tori gates

 

4. Gion – pekan geisha, hopefully dapat jumpa geisha yg sweet…nak amek gamba…

5. Kokedera temple – aku bukan nak tengok temple nak tengok  moss garden  je…garden mossin kokedera

 

kat Osaka plak…aku rasa Osaka ni susah aku nak fikir nak ke mana…last2 aku rasa nak gi area Minami je…insyaallah sampai Osaka nanti redah je…

sumber -website http://www.japan-guide.com , tripadvisor , supermeng malaya.blogspot, cari malay forum…

 

 

selamat datang 2013

Dah dua hari 2013 rupanya…cepatnya masa….

Aku masih terkontang-kanting takde ketentuan kerja. Hari ni pon dok bosann semacam..

2012 dah berlalu…2013 ni perlu dilalui juga…tak banyak harapan, impian dan azam …tak macam 2012 dulu. alhamdulillah rasanya 2012 tahun yang baik untuk aku. Banyak perkara yang diingini tercapai..

Tahun ni aku cuma nak jaga diet aku, bukannya nak kurus sangat…tapi nak sihat. Nak kulit lebih flawless dan sihat…nak kekalkan persahabatan dengan rakan-rakan. Nak mendirikan rumah tangga dengan insan yang tercinta. Nak menyesuaikan diri di tempat baru dengan sebaik-baiknya…

Itu yg nak dicapai, yg nak dikurang pon ada…cth kurangkan layan blog2 jualan online…, kurangkan beli benda-benda yg tak penting,  kurangkan buang masa drp buat kerja….kurangkan aktif di FB a.k.a muka buku…dah seminggu tak update status dan tak share link pon dlm FB…pencapaian awal….

P1000493