kDrama…best sangat ke?

Aku dah jadi fan drama2 Korea hampir 2 tahun…my sis in law pun sama, tapi dia bertapak lagi awal…start 2009 kot…anak sedara pompuan aku start since 2010 …dan dialah yg jadi penyokong aku…supaya remote tak bertukar tangan. Biasalah kalau family berkumpul…yg kecik nak tengok Ceria manjang, yang lelaki channel sport, yg mak-mak layan drama2…yg single mingle ni layan Kdrama. Nasib baik mak boleh terima drama-drama Korea ni. Drama Korea kan biasanya ada jugak kisah-kisah family…yang tu dia layan..

Biar aku review beberapa drama yg lekat di hati aku setakat 2 tahun ni…

1. JEWEL IN THE PALACE @ DAE JANG GEUM
– drama Korea pertama aku tonton pada tahun 2003 dan bagi aku still the best…sekarang ni aku still layan drama ni secara online, tengok kat http://www.maadu.com. Drama ni tentang kehidupan Jang Geum (wanita pertama diangkat sbg tabib peribadi raja…pada zaman di mana wanita masih dianggap second citizen) dari dia kecik, hingga dia last sekali dia kahwin dan ada sorang anak. Drama ni based on real history tapi ada sedikit sebanyak ubahsuaila opkos untuk menarik penonton, cthnya macam kisah cinta tiga segi antara dia, boypren dia dlm ceta ni dan maharaja…
– utk drama ni aku paling suka episod2 5-20 camtu sebab banyak adegan masak-masak. Bila tengok drama ni, rasa macam makanan Korea ni sedap-sedap…teknik memasak pun pada zaman tu dah macam2…kiranya nak jadi chef diraja time tu memang kena ada skill yg mantap gak.
– aku suka juga pakaian dalam drama ni…berdasarkan zaman Josoen…
– drama ni langsung takde kissing scene (sila jgn kecewa…eheheh), skrip asal ada, tapi Lee Young-ae selaku heroin taknak sebab tak perlu sangat scene camtu katanya…thats why i respect her…ada pendirian, dah tu pengarah respek plak tu pendirian dia…
– ada episod2 yg sinematografinya cun sangat….rasanya lokasinya kat pulau Jeju kot…even waktu tu orang gi melancong kat KOrea tak selebat sekarang, aku dah pasang angan-angan nak ke sana…especially masa bila ada episod2 berlatarkan musim luruh…insyaallah bulan 12 ni impian ni akan terlaksana…
jewelpalace

2. SWEET SPY
– cerita ni tak sebest mana pun..tarikan utama ialah hero + heroin yang ada chemistry gitu…Nam Sang-mi dan Dennis Ho yg super duper gojes…ending pun tak seberapa memuaskan hati…tapi aku suka tengok couple ni…sampaikan nak diorang kapel kat luar drama jugak…bole ke…???
sweet

3. COUPLE OR TROUBLE
– yang ni cerita tentang pompuan yg hilang ingatan…masa hilang ingatan dia dijaga oleh seorang lelaki yg ada 2 orang anak saudara…perempuan ni sebelum hilang ingatan memang teruk, control laki, arrogant dan cerewet gila. Bila dah hilang ingatan, dia jadi lurus, dan bodoh-bodoh…best part aku rasa bahagian last2 drama…si wanita kaya ni dah berubah dari wanita sombong, ego kepada perempuan yg bertimbang rasa dan baik…
couple_or_trouble

4. KING OF DRAMAS
– yg ni terbaru…baru je tahun 2012. Heroin drama dah dapat award pelakon wanita terbaik pun. Kisah persaingan penerbit-penerbit drama di South Korea…and opkos kisah cinta penulis dan penerbit tu yg buat ai lekat, si penulis kiut seorang yang lurus, telus dan jujur dalam usahanya nak mengejar kerjayanya sebagai penulis ditemukan ngan si penerbit yang tak berapa nak hensem tapi okla yg penting berkarisma. Penerbit ni sorang yang ada kisah sedih dalam hidup dia thats why dia ego, keras hati tapi sebenarnya hatinya tu rapuhhh…hehehehe heroin yg kiut tu dah jadi artis no.3 feveret aku lepas Lee Young-ae dan Song Hye Ko
avatar2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s