Cinta sebelum kahwin

Kisah benar

Seorang wanita menghampiri usia 30-an yang belum berkahwin mudah menjadi sasaran pandangan serong masyarakat lebih-lebih di tahun-tahun awal 90-an. Mulut kata tak kisah, tapi hati tetap terasa. Nak main terima saja cinta suami orang atau tunang orang atau lelaki-lelaki di jalanan yang tak diketahui, tak hendak jugak. Muncul seorang rakan lama, dikenali sejak usia 13 tahun, sama-sama bersekolah dulu.

Si teman memang yang sejak dulu menaruh hati mula menagih cinta. Bimbang jadi andartu, kasih diterima. Dasarnya, sudah kenal hati budi, si lelaki pula berkerjaya kukuh, tambah lagi alasannya tanpa rasa cinta perkahwinan boleh dibina juga, malah lebih menjamin kerana ikatan tanpa rasa cinta itu takkan menyebabkan dirinya terlalu mengharap.

Perkahwinan berlangsung. Berlainan agama bukan isu kalau sudah temui jodoh yang dianggap terbaik. Tahun berganti tahun. Famili sudah bertambah ahli. Suami, bukan teladan Muslim yang baik. Ditambah lagi sifat panas baran, ego, malas membantu isteri di dapur dan terlalu mementingkan keluarganya. Ipar duai gemar berhutang menambah stress isteri mualaf. Si isteri kurang bimbingan agamadan kebetulan pula tiada inisiatif menambah ilmu berkaitan agama barunya.

Masalah melanda bila si suami jatuh sakit. Karier dan gaji besarnya lesap begitu saja. Isteri yang berkerjaya menanggung keluarga. Suami yang sakit, tetap mahu hidup cara mewah, seperti di kala dirinya sihat dan berdaya. Ke mana akhirnya rumahtangga ini…tanpa cinta, tanpa cara hidup berlandaskan Islam…

Bila kufikirr dan terus berfikir kisah ini menakutkan aku. Malah menyedarkan aku. Aku insaf bahawa aku hanya manusia lemah tak berdaya. Insan yang perlukan cinta. Sedikit pun tak mengapa, yang penting perasaan suka + sayang harus ada pada bakal suami. Tak sanggup berkahwin tanpa adanya sedikit pun rasa cinta. Pada yang berjaya memupuk rasa cinta kepada suami sedangkan sebelumnya langsung tiada sekelumit pun rasa cinta itu, anda memang hebat dan bertuah…mungkin suami memainkan peranan juga ‘menggali’ cinta itu. Tapi untukku, bimbang, takut rasa cinta gagal dipupuk dan akhirnya setiap hari memikirkan strategi memfail perceraian….

Advertisements

secara rasminya…..

jeng!jeng!jeng!…pengumuman ( macamla ramai sangat reader aku)….

secara rasminya blog http://www.hijauolive.wordpress.com ini akan memfokuskan kepada entri-entri kecantikan, Kdrama, umum …

Kisah-kisah travelku sepenuhnya akan di’eksport’ ke blog smallpath.blogspot.com…

Blog ini akan terus wujud…sebab trafik menunjukkan blog kecilku ini masih punyai reader dan viewers setiap hari dari Malaysia, Indonesia, Singapore, USA, Hong Kong, Germany, malah yang mengharukan hati nipisku ada viewers dari Dominican Rebuplic, Brazil dan Mongolia…thanks…sungguh tak sangka dll..