Shopping-shopping di HK

Intro – masa plan trip ke HK otak aku cuma nak pi Disneyland, The Peak …itu je ulang2 dalam hati…tapi tak sangka HK ni tempat yg best utk menyopping….honestly, aku lagi suka HK drpd Ho Chi Minh ….kat Ho Chi Minh dapat beli kain cotton je…so makcik2 kan aku…hehhehhe

Aku memang hantu perfume…its okay apa…hantu yg wangi…hehhhe…so may be thats why aku nak repeat trip to HK lagi….dah ramai member yg nak ngikut belakang bontot aku…hehhe…please queue wokeyy…

P1000601my glow, lovers, premier jour- semua ni beli kat kedai Goodyear Perfume

3 perfume saiz besar ni ( 100-50ml) cuma HKD726/ Rm302.50…perfume lovers cam aku sangatla hepi…my frens terhairan2…

P1000603 hasil tangkapan di Sasa, Bonjour dan Goodyear….

kat HK ni jenama mcm Sisley, La Mer, Clarins they all main letak kat rak-rak biasa je…cer tengok kat Sasa, Bonjour…mcm tula situasinya …sungguh kutakpercaya…hehhehe…sebenarnya aku sangatla terkilan tak sempat sambar Facial Treatment Essence SKII botol2 kecik kat Sasa, kusangat perlukan benda ni kalau travel ke tempat2 sejukkk lagi…harus ku merepeattt HK lagi ….

Brand Korea mcm The Face Shop, Skin food pun diletak atas rak biasa2 je…takde la macam kat Malaysia..

Selain beauty stuff + fragrances ni, aku beli juga beg, wristlet dan purse yg tak branded…tp kualiti memuaskan so tak kesahla kan…janji “ai beli kat HK”….ko adoo????????? Beli-belah wristlet kat Stanley Market…hand bag biru beli kat butik Maple HKD199, pagi last day baru terasa nak beli…butik ni kat Granville Road…

P1000604

P1000607

Key chain beli kat The Peak Market 9 for HKD100…FM beli kat situ jugak 7 for HKD100…kat ladies market ada juga jual key chain fridge magnet ni, sama je cuma yg kat The Peak tu lagi berkilat…
tak sempat nak snap gambar keychain FM segala tu….dah diserah-serahkan kat my SIL and my sis…

So, kepada sesiapa yang suka beli-belah …happy shopping in HK…

Belian online 2012

Dah start minggu cuti sekolah kan..aku dah mula bosan walaupun keja masih belambak…

Entry kali ni aku nak mengimbas balik hasil tangkapan aku secara online. Tahun ni memang agak banyak aku beli secara atas talian ni. Sebelum2 ni memang aku byk membeli online tapi tahun ni byk terlebih suda.

Beg :
This year I started to buy handbag online…kira punya kira semuanya ada 5…well, member lain pun lebih kurang sama gak…penyakit ni boleh berjangkit, bahaya!

ni antaranya:


beg-beg ni beli drp sara.com.my ( preorder ), begcanteq ( 2 kali, klu yg preorder memang makan masa sebulan gak), 9414 Us Shopping (dia takde blog tapi bole buka page dia kat FB)…blog2 ni memang ok, brg diyakini ori, sampai ikut waktu yg dijanjikan…memang x menyesal beli drp they all ni…klu beg preorder byr 2x…itu biasa..lagi satu prihatinla tentang SALES…kalau beli masa CFO memang berbaloi..

Tudung:
-tudung semua beli kat http://www.aidijuma.com je..aku memang nak hidupkn kembali tudung bawal, taknak dah pakai tudung 3 saat tu…bkn apa, muka aku tak sesuwai…jd nampak tua. Tahun ni je beli 6 helai tudung dari datin Juma nyer website.Beli kat blog ni memang aku puas ati, dalam masa 2-3 hari dah sampai. Harga pun ok.

Kain:
-Kain pasang beli kat hamidah.blogpsot jenis kain bersulam, kat mmly.com pun beli kain sulam gak…kain ni setakat tahun ni beli online 4 pasang je…rasanya 2012 tobat da..taknak beli kain online lagi…biasa warnanya agak lari drp yg sebenar. cth, kain tu kaler hotpink dlm gambar bila sampai pinknya nampak lusuh or soft sket…but so far pemilik2 blog yg kat atas tu ok, tak tipu, kain akan sampai dgn cepat..

setakat tu je la benda2 yg aku selalu beli online. Dulu beli perfume online gak, tp sekarang beli kat kaunter je.Rasanya beli kat kaunter byk kelebihan lagi. Mcm2 sampel perfume baru kita boleh dpt…dgn syrt kena ramah ngan salesgirl tu.

Gila beg pula!!!

Akhir-akhir ni, minatku beralih kepada beg pula. Sebelum ini memang aku kuat shopping beg juga, tapi biasanya dalam setahun dua atau tiga kali je membeli. Itupun beli yang murah-murah. Sekarang ni, minat kepada aksesori yang satu ni bercambah-cambah….

Dalam sebulan dua ni je, aku dah gila membeli Coach . makin lama hopping blog to blog makin banyak brand yang kukenali (kalau brand perfume aku dah lama arif)…semakin berkenan pulak nak menambah koleksi dari brand Fossil dan Kate Spade…

Sebelum ni tak terfikir nak membeli beg berharga ratus-ratus nii apatah lagi hingga empat angka. Sebab tu walaupun dah bertahun aku berkerja, tak pernah sekali pun aku membeli beg BOnia (dulu2 orang kira banggala kalau pakai beg Bonia, now ni dah tak kena pandang)…salah satu sebabnya designnya tak pernah menarik hati ni…Tapi sejak berkenalan dengan Coach, jadi tak berkira pulak dengan harganya. Kira style dan design memang menarik hati. Mungkin tak segah Gucci, Miu Miu atau LV tapi itu je la yang mampu milik bagi aku. Beg2 Kate Spade pun menarik jugak…simple yet elegant. Especially tote dia…

Coach dah ada sebiji…Kate Spade satu…teringin nak dapatkan satu beg Fossil style crossbody material leather…senang nak gi travel lasak sket…takla pakai sekali dua terus lusuh…kelabu…

Kali ni azam dah semat awal-awal…beg mahal-mahal ni akan dijaga elok2….disimpan…dipastikan kebersihan dan kecantikannya…