Coach ( Factory atau Butik )

Sejak jadi peminat beg atau tepatnya Coach ni, aku rajin menjelajah dari satu blog ke satu blog mencari tawaran harga paling murah dan sesuai. Aku juga cuba membaca tips-tips terutama cara mengenal pasti Coach original atau fake.

Coach ni pun sebenarnya ada Coach factory…di sini barangan Coach diperbuat di kilang-kilang yang terletak di luar US, cthnya China dan Vietnam. Harga di butik Coach Factory lebih murah malah design pun tak sama, cuma (menurut yg aku baca) ada juga design dari Butik Coach dihantar ke butik Coach Factory, mungkin design yang tak laku la..

berdasarkan satu blog tu, kononnya kat US nun, customer Coach Factory Outlet ni rata2 memang muka Asian. Semua nak berbeg berjenama, tak kira tua muda, kata si penulis blog brand talk.com tu yg pastinya mesti seorang Caucasian..

Okey…tapi kesimpulannya, barangan dari Coach Boutique atau Coach Factory Outlet datang dari syarikat yg sama, dua2 ori cuma dari CFO dikatakan kualitinya kureengg sikit…biasalah hasil kilang bukan handmade kan…

Bagi aku tak kira la Coach Boutique ke atau CFO, janji Coach, janji design lawa. Serius, bagiku beg2 dari CFO tu design dan warna lebih menarik hatiku…tilik dan belek juga beg2 kat Coach.com tu tapi berkenan juga beg2 dari CFO tu. Lebih penting, harganya pun mampu milik

Tepuk dada tanya selera…

Perfume yang best-best….

Perfume memang umumnya terbahagi kepada 4 kategori. Tapi bagi diri hijauolive sendiri, biasanya hijauolive kategorikan ikut kategori sendiri – sweet, fresh, sexy

Perfume yang sweet ni semestinya yang bau dia macam fruity atau flowery sket. Biasanya botol perfume sweet ni pun warna dia sweet macam pink then ada riben comel-comel gitu. Tengokla macam botol Versace Bright Crystal tu, botol dia color pink bau pun sweet sangat…

Perfume yang fresh bau dia bagi hijauolive macam bau segar, tak manis sangat dan feel carefree je…hijauolive cukup suka bau segar macam Elizabeth Arden Mediterranean, Romance by Ralph Lauren pun bau segar gak, Armani Code, Omnia Crystalline by Bvlgari . Kalau perfume lelaki semestinya D&G Light Blue.

Perfume yang sexy yang bau vanilla, oriental dan bau misteri gitu. Contoh macam Idole by Armani, Sensous by Estee Lauder yang ni memang my favourite jugak bau dia makin sedap selepas second notes tu, semestinyala jugak one of my favourite Alien by Thierry Mugler.  Satu lagi yang best ialah Caroline Herera 212 Sexy bau dia sangat-sangat best…

Kat atas tu botol pink Bvlgari Rose Essentielle dan botol purple tu Alien Thierry Mugler

Crystal Bi-es Parfum [ murah tapi wangi, so sweet], Sensous, Paris Hilton [ Paris Hilton 1st perfume ]

Ironi oh ironi….

Tiga bulan lalu aku berpeluang melawat 3 daerah pantai timur Sabah- Semporna, Lahad Datu, Tawau. Sepanjang perjalanan di sana, aku memang terkezut dan kagum (kagum ke?) dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang. Bukannya apa kalau di pantai Barat Sabah tempat aku ada juga ladang sawit ni taklah seluas di kawasan pantai timur ni.

Macam-macam perasaan aku bila tengok keluasan ladang sawit ni. Aku bayangkan mungkin ladang ni dulu kawasan balak yang luas waktu Sabah jadi pengeksport balak yang gah. Emm…aku pasang angan-angan setinggi langit. Kalau aku jadi jutawan aku akan beli sebahagian ladang sawit di sini dalam 30% daripada keluasannya ke, kemudian tanamkan dengan pokok-pokok jadikan macam hutan simpan kononnya. Sungai-sungai yang termasuk dalam kawasan aku tu pun akan dipulihara jugak sebab aku nampaksungai-sungai dalam ladang-ladang sawit tu dah keruh airnya. Ikan pun tak sudi nak hidup agaknya. Begitulah angan-angan aku yang takkan kesampaian….dalam mimpi pun tak jadik jugak.

Masalahnya sekarang atau bukan masalahlah, persoalannya mengapa bekalan minyak sawit di Sabah ni tak berapa nak lancar? Jangankan yang dalam plastik dalam botol pun kurang. Nak membeli minyak bunga matahari atau minyak jagung tu rasanya tak sanggup jugak nak keluarkan duit, mahal rasa pun lain sikit. Ke Kementerian X tu nak suruh jaga kesihatan kurangkan makanan berminyak macam waktu isu gula dulu…Ah ironi betullah. Ladang sawit beratus-ratus ekar kilang sawit tak ada yang lingkup, macamana minyak sawit boleh tak ada dalam pasaran?

 

* sekadar keluhan, bukan nak menyalahkan sesiapa….

Kisah cinta Sweet Spy

Jarang aku obsess dengan kisah cinta dalam drama. Lebih-lebih lagi drama luar ni sebab aku setia ngan drama Melayu. Favourite aku drama Nur Kasih. Sejak 3 minggu ni aku terjatuh cinta plak kat drama Korea Sweet Spy ni.

Episode 1 :

Part lucu ialah waktu Kang Jun ( dialah nilah 1st  hero yang kena kick jadi 2nd hero, gara-gara popularity Dennis ) datang lapor diri ke balai polis tempat dia jadi Section Chief yg baru. Ada sorang minah polis tu (cute jugak ) terus suka kat dia. Part minah polis tu bagi dia jus oren tu yg lucu. Si minah tu main mata kat dia.

Hehehehe Lee Soon Ae  yang dilakonkan oleh Nam Sang-mi( heroin paling manis, comel, cantik penah aku tengok…hehehhe aku obsess kat dia ni) tengah cuci muka kat toilet. Minah polis yg cute tadi pun ada sama. Minah tu marah Soon Ae sebab dia kata Soon Ae selalu melampau dalam tindakan sambil sibuk touch up muka dia…yg best bila dia blah Soon Ae terus kutuk dia.

 

Han Yoo II ( spy @ pelabur kaya yang hensom giler yang dilakonkan dengan tak mantapnya oleh Dennis Oh ) tengah memandu dengan lajunya kat highway. Kereta dia teramatlah elegannya. Jenis yang boleh buka atap tu..convertible…dia tak perasan lampu merah…hampir-hampir terlanggar cik Soon Ae kite yang nak melintas tu. So, apalagi sebagai polis yang strict Soon Ae pun tahan dia suruh ke tepi.. ni yang aku suka. Menggunakan kehensemannya yang tahap gaban tu, si Yoo II pun terus “hi” sambil main mata kat Soon Ae. Soon Ae buat dunno je…terus dengan tegas cakap lebih kurang camni selepas ditranslate “ Anda melanggar peraturan trafik. Anda melanggar lampu merah! “. Yoo II obviously nak guna charming dia…dia pun minta maaf sambil tayang senyuman killer dia. Dia pun cuba explain yang dia baru 1st time driving kat Korea dan baru turun dari  flight ( yg ni aku menci sah-sah tipu, baru driving kat Korea kunun) dia sesat sebab baru kat bandaraya Seoul. Yang bestnya Soon Ae tak paham English so dia asyik cakap “Apa?” balik2. Yang best tu,  Dennis pun kenyit mata lagi kat Soon Ae. Hehehhe hensom tul time dia wink tu. Soon Ae pun gelak dia kata “ Ko ingat dapat lepas ke guna trick ni” Dia dah tahu Dennis nak goda dia supaya tak kena saman. Tak guna punya Dennis kan. Soon Ae ingat Dennis tak paham cakap Korea ). Dia pun tryla speaking broken English dia tu… “Give me your license sir..?” Eh cutela time dia cakap tu. Si Dennis pun renung je dia ( personally aku rasa time ni dia dah terpikat tengok muka manis Soon Ae ) sampaikan Soon Ae terpaksa ulang lagi …li..cen..se…? Faham? Hehehhe tulah pantang tengok orang lawa kan… Soon Ae ni tak makan kena goda, dia saman gak si Dennis. Masa nak tulis tiket saman tulah Soon Ae pinjam pen Dennis yang mengandungi top secret tu. Dan kerana pen itulah hubungan dorang berkembang…..

Anda melanggar peraturan trafik dan melanggar lampu merah !– Soon Ae. Gadis manis nak saman jejaka hensem…- Soon Ae tengah control tegas ni, almaklumla yang nak disaman tu  hot guy…hehhehe

Dennis/Han Yoo II pantang nampak awek cun…cuba nak guna kehensemannya. Tengok tu, mata dia macam nak tersembul je tengok muka cute Soon Ae.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.