Cabar diri …. 6 bulan untuk kulit sihat, bersih dan cantik

Masa untuk mencabar diri sendiri….aku ada target untuk 6 bulan akan datang. Misinya untuk dapatkan kulit yang bersih, sihat dan cantik…healthy, clean, and glowing skin…

aku tahu kulit secantik Song Hye Ko agak mustahil untuk kuperoleh dalam usia 3 series aku ni..

images

Salah satu caranya, aku akan gunakan 3 step setiap hari….i will update after 3 months…and more update after 6 months

Murah tapi best…..bb krim Safi Balqis

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu travel. Mesyuarat, kursus dan taklimat silih berganti. Bila dah kerap sangat, kadang-kadang aku jadi malas packing semua benda masuk sumbat dlm beg aku. Ada sekali tu, boleh aku terlupa masukkan compact powder ngan lipstick dalam handbag aku. Biasanya aku bawa cosmetic case…tapi sekali tu aku careless…. dahlah kursus sampai 4 hari, bayangkan gi kursus tanpa lipstick dan bedak.

Hotel tempat aku kursus tak jauh dr mall…petang abis kursus sesi petang, aku kelam kabut gi Guardian Pharmacy…duit cash x banyak, dan aku malas nak guna cc aku. So, end up aku beli BB Krim Safi Balqis, bedak kompek Silky Girl dan lipstick silky girl. Harga 3 item yg wajib bagi aku ni cuma RM40++…

Walaupun murah tapi seriously, memang best…aku paling suka BB Krim Safi Balqis tu…mula-mula aku nak try BB Krim Safi Rania, sesuai ngan umur aku ni..hehhehe tapi bajet time tu kecik, so aku cuba Safi Balqis dulu…Tak jauh beza ngan BB krim yg pernah aku pakai sebelum ni, tapi yang best bb krim ni wangi…bau dia memang ketara. Kaler dia satu je, takde pilihan … dari segi kesan matte, aku bolehla bagi markah up sket banding bb krim simplysiti yg penah aku review sebelum ni…dari segi coverage, so so je…

Apapun,siapa-siapa yg baru nak mencuba bb krim better la start dengan yg murah dulu…macam Safi Balqis ni..
IMG-20130510-00127

satu tips aku… elakkan oles bb krim tebal di zon T sekiranya kulit u all jenis combination atau berminyak..pakai nipis je..pastu baru pakai loose powder atau compact powder ( lebih bagus pakai mineral loose powder)…

Maybeline Pure BB Mineral instant skin smoother

Bb krim mouse ni mula-mula aku nampak member yg pakai, dia beli masa kami ke Hong Kong last year. Di HK, harga bb ni murah sedikit banding Malaysia. Sememangnya kalau di HK, kosmetik adalah murah dan banyak pilihan. Aku tertarik pada BB jenis mouse ni sebab bila kita pump, akan keluar mcm buih dan bila diratakan di muka serta merta muka jadi flawless.

IMG-20130224-00064

IMG-20130224-00065
Harga – lebih kurang RM35++… rasanya tak membebankan poket kan..

Di mana – Watson, Guardian, mana-mana kaunter Maybelline….mudah dan senang didapati

Ketahanan – 6 jam…cth, lepas solat Zuhur kenalah tepek lagi

Kulit berminyak – ya, sesuai pakai bb krim mouse ni…kurang berkilat, at least untuk 4 jam. Even korang yg berkulit kering pun sesuai sebab bb krim mousse ni melembapkan kulit

Beli lagi – ya, sangat sukakan teksturnya yg ringan dan tak berminyak…

Pilihan warna – tak ada pilihan warna….

SPF30 PA+++

Natural Pack… RM5

Menarik bukan kalau semua barangan RM5.00 tak kira besarrr atau kecik….

Mana lagi kalau bukan…(ala-ala Neelofa plak daa….)

DAISO!!!!….kedai Jepun ni banyak je kat Malaysia ni. Barangan dalam kedai ni semua RM5. Tak kira kecik tak kira besarr…semuanya sama…kadang rasa cam tak bebaloi sangat kalau beli benda kecik tapi kalau beli benda yang besarr sket terasa kemurahannya…

P1000611Tu dia hasil tangkapan terbaru kat Daiso…semua ni mask…untuk hidung tuk muka…just RM5 each wokey…

Mask ni semua jenis peel off yang aku suka sangat…kalau mask wash off kurang suka…malas nak gi bathroom…mask nii just tarik je…then bersihkan sisa-sisa tu…

…now ni tengah pakai natural pack tiub kaler putih, kat belakang tiub “made in korea“…okey, mask ni sangat cair, kaler hitam macam ink sotong, rasa sejuk je kat muka ni…lepas 15 minit dah kering…bau ok, tak terasa menarik kulit sangat….lepas peel off nampak white head melekat kat mask tu…semestinya muka rasa bersih pas pakai mask ni…

boleh digunakan 2X seminggu je…not more…aku nak guna 3 X seminggu gak…degilnya! Hehehe..muka aku jenis oily tambah lagi pas pakai segala foundation, bb krim perlu mask dengan rajinnya…

bahan utama “natural ingredient from oak tree”…

two thumbs up**

 

Skin Food….brand Korea lagi….

Entry kali ni aku nak introduce  satu lagi brand dari Korea yg agak popular jugak kat Malaysia ni.

 

 

SKIN FOOD

 

Apa yg bagus sangat pasal SKIN FOOD ni?

 

Pembungkusan/packaging –  ringkas tapi nampak mcm mahal. 5 bintang utk aspek ni.

 

Kepelbagaian produk – ada byk set utk macam2 jenis kulit. Untuk muka, badan, kulit berjerawat, kulit kering, nak putihkan kulit semua ada. Kebanyakan drpdnya memang dlm set. Kosmetik pun ada. 4 bintang untuk aspek ni.

 

 

Keberkesanan – untuk kulit aku dan diri aku yg pemalas nak menjaga kulit secara konsisten ni aku bagi 3 bintang je untuk aspek ni. Produk Korea memang camtu lah. Produk diorang ni lebih kpd nak menjaga kulit yg tak bermasalah sangat. Of course sebab kulit Korean rata2 dah semula jadi okayyy…so jika anda berjerawat, gelap terbakar dek panas mentari dan penuh frickles sila jangan letak harapan tinggi menggunung kepada produk ni untuk menjadikan kulit anda tiba2 semulus kulit Song Hye Ko okay…..

 

  • Kecuali untuk krim mata salmon tu – yg ni kubagi 4 bintang. Untuk mata yg mula nak bergaris halus, memang berkesan…

Harga – harga Skin Food sedikit mahal banding TheFaceShop tapi in term of quality harga tu masih sesuai. Harga masih dlm kategori mampu milik….untuk penjagaan muka tu harga antara RM10-RM80…lebih kurang camtu lah…mask yg peket kecik tu dalam RM5 kalau tak silap. Set pun kalau ambik yg basic cleanser, toner, moisturizer  dalam RM100++ je…taklah semahal SK II atau Biotherm…

 

Layanan – ai personally memang suka layanan SA kat Skin Food ni…kat KK ni ada 2 cwgn SKIN FOOD, satu kat Suria Sabah satu kat 1B….layanan kt dua2 cwgn memang baik, ramah dan tak pilih bulu…maksud aku, tak kira dressing kita camna pun they all tetap layan sweeeeett sangat. Satu lagi, biasanya they all akan bagi mcm2 sample as free gift…tu yg seronok tu…tapi kalau beli Cuma satu barang je of kos la susah nak dapat free gift tu…

 

Keahlian – tiada keahlian cuma pelanggan diberi mcm satu kad utk kumpulkan cop….nanti kita boleh redeem mana2 produk yg kita berkenaan ikut jumlah cop yg berjaya kita kumpulkan…

 

p/s aku sendiri dah tak guna produk Skin Food, bukan sebab produk nit p sebab sajaa gatal nak bertukar angin ke Mary Kay plak…

 

 

peket kecil tu free gift…aloe vera cleanser ni antara produk Skin Food yg best…sesuai utk cucian harian…harganya dlm RM30++…

set kiwi tu gift sbb belian sampai Rm130++…

BB Cream Simplysiti : Clear Solution

Hampir sebulan dah aku pakai BB krim ni. BB krim ni khas untuk kulit yang berminyak + bermasalah. So, agak sesuai untuk aku yang dah naik bosan dengan BB cream The Faceshop tu.

Imej

Inilah review ringkas aku:

Harga – bolehlah tahan bagi student. Bagi aku dah keja ni, tahan lagi RM39.90 je.

Mana nak beli- barangan Siti ni memang kat Watson ada, Guardian terpilih pun ada.

Kesan matte – utk aku, …..updated – at least 4 hours la…rasanya kurg drp tu…

Coverage – x menutup cela sangat melainkan tepekla tebal sikit.

Pilihan warna – ada light beige, natural beige

Kesan lain – setakat ni tak menimbulkan jerawat atau kesan negatif lain.

Beli lagi? macam tak .

Imej

ni penerangan bb cream ni kat bhgn belakang…(klik gambar kalau nak baca lebih jelas)

 

updated 6/1/2013 -rasanya review aku sebelum ni agak berlebihan…actually, my niece 19yrs, pakai BB ni for just 3 months now dia dah stop, jerawat naik …pemakanan dia ok je, takde makan yg berminyak sgt…tak tau la…aku sendiri pun tak pakai dah BB simplysiti ni bukan sebab kesan negatif, cuma dinasihati oleh beautician agar berhenti pakai BB krim ni…sumbat pori dan jadikan muka berminyak…bukan simplysiti je tp apa2 brand BB krim…so depend kepada masing-masing nak berBB atau tak…

 

 

 

Masker Buatan Sendiri

Dua hari berjemur tengah padang jadi ahli Unit Kecemasan, kulit muka jadi gelap sket. Ni kelemahannya kalau berkulit cerah, berpanas sket mesti jadik merah atau gelap. Nak beli masker kat bandar kecil tempat aku ni takde plak. Yang berkenan di hati hanyalah produk Skin Food. Kena pakai bedak sejuk la jawabnya.

Emm… bedak sejuk ni okey berkesanla jugak tapi…kalau pakai muka rasa tegang + kering…

Tetiba terfikir nak buat masker sndiri. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur. Contohnya tomato, yoghurt dll. Bahan semula jadi. Lebih selamat tanpa bahan kimia.

Mula-mula, cari dulu resipi ( bukan makanan je ada resipi!!!) masker kat Mr Goggle. Taip homemade mask banyaklah pilihan.Untuk memutihkan, untuk kulit oily, tegangkan muka, muka yang sunburn dsb.

So far, aku dah cuba  jenis masker berasaskan yoghurt. Dua-dua ni baik untuk muka yang kena bahang matahari dan berminyak. Amalkan setiap hari atau kalau malas pun 2/3 kali seminggu.

Bahan-bahan untuk masker:

2/3 susu yoghurt ( plain yoghurt )

2 sudu organic oatmeal ( dikisar )

lemon ( ambil jusnya )/ madu

Cara membuat :

Campurkan yoghurt bersama oat yang sudah dikisar. Jika kulit berminyak, tambahkan beberapa titik jus buah lemon. Jika kulit kering/normal tambahkan 1 sudu kecil madu. Oleskan campuran tadi pada wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, untuk membersihkan muka, basahkan tuala yang bersih dengan air suam. Gosokkan pada wajah sehingga semua sisa masker tadi bersih.

* Jika diamalkan secara konsisten, insyaallah muka jadi bersih, glowing dan cerah semula jadi.

Untuk menyejukkan muka yang terasa hangat/terbakar kena bahang matahari, boleh gunakan ubi kentang. Caranya mudah sahaja, hiris ubi kentang nipis-nipis lepas tu tempekkan pada muka. Biar hingga kering. Buat berulang-ulang pun tak apa sebab tiada kesan sampingan.

Jom Shopping kat SaSa

SaSa making life beautiful! SaSa…Beauty store yang cute dan sangat menarik. Penggunaan warna pink seolah-olah menyatakan sasarannya ialah golongan wanita muda dan remaja.

Baru-baru ni aku sempat shopping dua item di kedai pink yang comel ini. Untuk warga Sabah , kedai comel ni terletak di Warisan Square sebelah Starbuck. So, kalau bawak bf atau suami, suruh je dorang lepak  kat Starbuck tu sambil tunggu korang shopping. Kat 1Borneo dan Suria Sabah pun ada.

Hajat ke Sasa ni sebenarnya macam biasalah, nak survey BB cream Dr Young dan Liole. Yang nak dibeli BB cream tapi yang dapat eyeshadow Sasatinnie dan lipstick Cyber Colors. Kat Sasa ni banyak produk made in Japan dan Korea, tu yang best lain daripada apa yang ada di Watson atau Guardian. Harga pun RM10 ke atas. Semua kiut-miut rasa nak borong je. Antara brand kat sini ialah Kate, Cyber Colors, Sasatinnie (produk Sasa sendiri kot), Palgantong, Liole, Dr Wu, Dr Young, Dr. G ( a lot of doctor!), Pupa, Red Earth  dan banyak lagi. Silky Girl dan Maybelline pun ada kat sini. Perfume pun ada tapi taklah banyak sangat…DKNY, Britney Spears, Bvlgari dll…

Kali ini aku ‘terbeli’ eyeshadow Sasatienne warna pink sebab bekasnya yang sangat comel dan lipstick Cyber Colors warna sweet pink. Tak habis-habis dengan pink kan…

Lipstick Cyber Colors dari koleksi Gemstone silky glowing rouge ni best dipakai. Ada tekstur gelato, bahan anti ageing dan uniknya ada minyak biji macadamia menjadikan bibir lembap dan lembut je, amat disyorkan untuk mereka yang berbibir kering…Harganya bukanlah murah RM45++ okey, barang baik mestilah mahal sikit…

Kat Sasa ni hijuaolive tak pula dioffer jadi member…emmm…tapi takpela, hijauolive akan tetap berkunjung ke Sasa sebab dah suka dengan jenama yang pelbagai dan menarik tu. Lepas ni teringin nak mencuba bedak Palgantong pulak. So, my rated for  Sasa = *** ½ star

update 2/1/2013 = Sasa kat HK lagi terbaeekk banding Sasa M’sia…esp dari segi barang2 dan harga…sesiapa yg nak ke HK consider Sasa sbg tempat wajib singgah korang ye….

The Face Shop yang cool

Disebabkan kehadiran Kim Hyun Joong ke Malaysia yang membuatkan aku terbuka hati nak mengunjungi kedai The Face Shop. Oh, tidak sekali-kali ya, semuanya disebabkan keterujaan nak mencuba BB cream The Face Shop.

Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, jejak jugak kaki aku ke kedai The Face Shop ni. Muka bersih mulus Kim Hyun Joong dah terpampang depan kedai tu kat Warisan Square tu. Emmm…mana muka manis Park Min Young, dia pun duta Face Shop kan….

Budak salesgirl yang menyambut kami, muka dia pun semulus muka duta-duta tu jugak. Selepas aku explain yang aku nak cuba BB cream, dia pun dengan gigih memperkenalkan dua jenis BB cream, satu HB bb cream dan satu lagi jenis Aqua. Banyaknya pilihan BB cream kat sini, ikutlah nak muka jadi macamana.  Aku macam tak puas hati ngan dua bb cream yang adik tu perkenalkan. HB tu macam oily sikit, yang Aqua pulak tak tutup cela sangat tapi cepat meresap dan tak oily, akhirnya jumpa plak Quick and clean oil free bb cream. Yang ni bau dia agak kuat, dan sebati dengan pantas dengan kulit aku. Rasa lembut kulit. Rasa berkenanla pulak. Budak salesgirl ni nampaknya nak aku mencuba bb cream edisi baru dorang.. Magic cream . Aku ada jugak tanya Kim Hyun Joong pakai bb cream apa? Dia kata Perfection BB cream. Coverage dia memang bagus tutup semua cela dan noda, tapi agak lambat blend dengan kulit. Macam foundation la pulak. Aku decide ambik Quick and Clean bb cream. Lepas diskaun dapatlah RM32++

Quick & Clean BB cream, rice water facial foam, lipgloss

Lepas tu hati rasa tertarik nak mencuba pencuci muka dia. Sebab tertarik dengan frasa Bright and Clean, aku ambillah Brigthening rice water facial foam dia… campur dengan bb cream tadi, semuanya rm71++…aku pun dapatlah jadi member The Face Shop selama 1 tahun dan free gift satu lipgloss Diamond Gloss Shine yang warnanya merah cili (free kalau tak aku memang tak suka punya…I’m more into pink colour). Nasib baik bila sapu kat bibir takdela warnanya merah menyala, sebab jenis gloss kan…

Lipgloss diamond shine warna merah cili – free gift

 

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan butik kecantikan ni. Deko yang kemas dan simple, produk-produk pun not bad semuanya guna sumber alam semulajadi macam beras, delima, green tea, bamboo, lemon…sangat best. Packaging pun menarik jugak, ala-ala barangan Freeman, standard international brand katakan ( bila produk Malaysia boleh jadik camni…emm).For me, The Face Shop is  a cool beauty store and I will come back….rated **** star.

Simply Siti… eyeliner

Hijauolive bukan peminat tegar Dato’ SN tapi tak dinafikan pernah jugak beli album SN. So, hijauolive boleh dikatakan menyokong SN.

Memang hati ini teruja nak mencuba produk kosmetik dan penjagaan kulit Dato SN ni. Sebab kulit hijauolive ni agak sensitive dan oily, so tak berani nak mencuba sangat skincare dia.

Kali pertama nak cuba kosmetik Dato SN ni, eyeliner SimplySiti jadi pilihan. Pilih warna dark brown. Harga kira ok jugak baru RM17.00 lebih murah banding eyeliner Majorlica Marjorie. Mudah dicalit dan digaris. Kualiti lebih okey banding eyeliner Avon.

Hijauolive belum sempat nak try lipstick SimplySiti, setakat yang sempat hari tu macam tak berkenan dengan pilihan warnanya, bekas pun tak menarik sangat. Mungkin kalau SimplySiti dah upgrade sikit baru beli kot…hehhehe…

Apapun, tahniah Dato’ Siti Nurhaliza kerana berjaya menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing.