Butterworth ke Langkawi

Trip ke Langkawi ( 31 MEI- 2 JUN 2012/ 3 HARI 2 MLM)

Perjalanan :

Flight kami KK-Penang sampai tengahari..dari airport terus ke Butterworth. My sis dah booked 2 bilik  di Hotel Palm Inn, Butterworth. We spent one night here…

My review about Palm Inn – Bilik aku ngan my mum and my niece luass yang amat…bathroom besar gak..ada tingkap tapi takleh bukak…hahahha but very large and the bed also very comfortable…bilik my sis which is twin room also not bad…kecik sikit …staff not bad, helpful but a bit cold…hehehhe…bus stop right in front of the hotel…

2012-05-30 12.37.19my mum outside Palm Inn Hotel

Esoknya, kami naik bas dari Terminal Bas Butterworth terus ke Kuala Perlis. Sampai di jeti, kami beli tiket RM18 seorang  ke jeti Kuah. Musim cuti sekolah, feri cepat penuh.  Menunggu 2 jam setengah barulah dapat naik feri. Dari jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah lebih kurang 1 jam 15 minit. Sampai di jeti Kuah, dah agak gelap, hampir Maghrib. Agak lama kami di jeti, berurusan untuk sewa kereta.

Dah dapat kereta sewa, kami terus ke hotel Bahagia…bahagiala sangat duduk hotel ni…heheh act kami dapat bilik kat bangunan depan main hotel tu dan kena naik tangga…kesian my mum kena turun naik tangga tu. Hotel ni terletak di  Bandar baru , bukan kat tengah pekan Kuah. Selepas check in, kami keluar jalan-jalan cari makan. Berdasarkan cadangan orang kat jeti, kami ke Pantai Cenang. Lagipun prinsip kami, alang-alang dah menyewa kereta gunakan sebaik mungkin.

Best area Cenang ni. Happening jak…pelancong pun ramai. Macam kat Semporna ja, banyak Westerners. Cuma pelancong Korea @ Jepun macam tak ramai. Kalau kat KK, pelancong Korea ramai. Boleh shopping sama2 local lagi…mungkin sebab Seoul-KK ada direct flight.

Kami makan di Restoran Bob’s, nampak banyak orang, mungkin sedapla tu. Bagi aku makanan kat Bob’s ni okay ja…sedapla jugak..sesedap harganya. Kakak aku 50-50 ja, mahal katanya. Tak setanding makan seafood masa di Semporna. Kalau bagi aku, makan seafood kat Kinarut pun masih lagi best. Yelah, kami order  butter prawn, kecil ja udangnya…apapun, makan je la…

Mulanya mo ronda gerai-gerai sekitar Cenang tu, tapi memandangkan putera kecil my sis sudah mengeluarkan taringnya, terpaksalah kami balik ke hotel. Sampai di hotel pukul 11 malam. Sempat lagi cuci pakaian mana yg patut. Lepas tu, semua tertidur. Penat berjalan jauh.

Misi kami esoknya, ke Kota Mahsuri dan Cable Car. Memandu di Langkawi ni taklah susah sangat even for first timer. Ada banyak sign board. Lagipun kat jeti kita boleh minta map. Semuanya mudah.

Tinggalkan komen