Perfume selebriti…

Biasanya perfume dikeluarkan oleh sesebuah house of fashion seperti Chanel,  Burberry, Yves Saint Laurent , Hermes, Dior dll. Ada juga syarikat kosmetik yang mengeluarkan perfume seperti Lancome dan Estee Lauder. Tak kurang juga memang dihasilkan oleh individu yang tidak terikat dengan mana-mana brand atau syarikat macam Thierry Mugler.  Designer-designer terkenal seperti Marc Jacobs, Salvatore Ferragamo, Oscar De La Renta, Vera Wang (designer yang terkenal buat dress pengantin), dan Stella McCartney pun kian aktif mengeluarkan perfume masing-masing.

Namun, golongan selebriti seperti pelakon, penghibur, model dan atlet terkenal juga mula berminat dalam penghasilan perfume. Mungkin kerana mereka dikenali dan berduit, mereka mampu menceburkan diri dalam industri yang memerlukan pelaburan besar ini. Di sini, hijauolive senaraikan selebriti yang agak berjaya dalam penjualan perfume mereka.

Penghibur :

Jennifer Lopez ( sangat sukses dalam penjualan rangkaian perfumenya misalnya, Glow, Still)

 

 

 

 

Britney Spears ( penjualan perfumenya Fantasy memberi inspirasi kepada artis lain, diikuti dengan Hidden Fantasy, Circus)

Christina Aguilera

Pelakon:

Antonio Banderas ( perfumenya mendapat review yang baik dari peminat perfume)

Sarah Jessicca Parker ( Lovely ialah perfumenya yang popular)

 

 

 

 

 

 

 

Model:

Kate Moss

 

 

 

 

Paris Hilton ( hijauolive pun pernah beli perfume dia walaupun tak suka dia)

Atlet:

David Beckham ( mungkin atas desakan isterinya Victoria, David menceburi bisnes ini)

 

 

 

 

 

Roger Federer – bintang tenis ( walaupun me fan RF, tapi macam tak caya je dia pakai perfume dia tu)

Bagi penggemar perfume sejati biasanya tak pandang sangat kepada perfume oleh selebriti-selebriti ini. Mereka lebih cenderung kekal setia kepada jenama Guerlain, Lancome, Dior atau Chanel. Namun begitu, perfume selebriti ni bukannya semua low class, ada jugak yang menarik dan mendapat anugerah. Satu lagi tarikannya ialah harganya lebih berpatutan berbanding perfume jenama mahal. Ditambah lagi dengan populariti seseorang bintang itu membantu melariskan lagi jualan perfume mereka. Terfikir juga, mungkinkah Dato Siti Nurhaliza juga akan mengeluarkan perfumenya sendiri selepas berjaya menghasilkan rangkaian Simply Siti? Kalau Dato Nicol David keluarkan perfume nak ke orang beli? Atau Aznil Hj Nawawi keluarkan perfume Tom-Tom Bak khas untuk peminat ciliknya? Berani ke selebriti Malaysia ni…. setakat ni selebriti Asia belum ada pun buat perfume.

***p/s yang pasti kalau Lee Min Ho keluarkan perfume, pasti hijauolive beli punya…hahahhaha

BB Creamku yang pertama…

Hari ini hari yang bersejarah dalam hidupku…chewah….heheheh…BB cream yang kubeli online dah tiba…sukanya…sangat teruja dan excited ni.

The Oriental Gold BB cream Skin79…asalnya nak Hotpink Skin79 tapi memandangkan takde stok dan tahap keterujaanku nak mencuba BB cream ni dah melambung teramat tinggi, aku grab je la BB cream purple ni.

 

Sekali sapu macam kat tangan macam best sangat. Takde la macam foundation. Cepat je meresap kat kulit, kulit rasa halus je…ceh..Sekarang ni dah pakai 4 jam still tak rasa oily  sangat  …rasa ringan je. Emm…best rupanya pakai BB cream ni. hehehehe…

*** UPDATED- Hari ni 23/8 – aku dah pakai BB cream…just BB cream on my face…even press powder pon tak pakai, punyala nak test power tu…sangat-sangat best, lepas 7 jam, kulit wajahku masih tak oily lagi. Sebab nak tengok lepas 7 jam, aku pun gi toilet, wah bestnya masih nampak maintain lagi, tak oily, nampak cerah je wajahku…hahahaha…aku dah falling in love with BB cream. Lepas ni nampaknya aku akan jadi pengguna BB cream….bestnya…

Perfume yang best-best….

Perfume memang umumnya terbahagi kepada 4 kategori. Tapi bagi diri hijauolive sendiri, biasanya hijauolive kategorikan ikut kategori sendiri – sweet, fresh, sexy

Perfume yang sweet ni semestinya yang bau dia macam fruity atau flowery sket. Biasanya botol perfume sweet ni pun warna dia sweet macam pink then ada riben comel-comel gitu. Tengokla macam botol Versace Bright Crystal tu, botol dia color pink bau pun sweet sangat…

Perfume yang fresh bau dia bagi hijauolive macam bau segar, tak manis sangat dan feel carefree je…hijauolive cukup suka bau segar macam Elizabeth Arden Mediterranean, Romance by Ralph Lauren pun bau segar gak, Armani Code, Omnia Crystalline by Bvlgari . Kalau perfume lelaki semestinya D&G Light Blue.

Perfume yang sexy yang bau vanilla, oriental dan bau misteri gitu. Contoh macam Idole by Armani, Sensous by Estee Lauder yang ni memang my favourite jugak bau dia makin sedap selepas second notes tu, semestinyala jugak one of my favourite Alien by Thierry Mugler.  Satu lagi yang best ialah Caroline Herera 212 Sexy bau dia sangat-sangat best…

Kat atas tu botol pink Bvlgari Rose Essentielle dan botol purple tu Alien Thierry Mugler

Crystal Bi-es Parfum [ murah tapi wangi, so sweet], Sensous, Paris Hilton [ Paris Hilton 1st perfume ]

Sambal terung bakar

Sambal ni agak popular bagi suku etnik  Bisaya di Sabah. Bahan dan cara penyediaan sangat simple.

Bahan-bahannya:

terung [ dibakar hingga kulitnya bertukar menjadi hitam]

bawang merah dihiris halus

cili padi [ untuk yang suka pedas]

udang kering [ rendam dalam air 15 minit untuk melembutkannya]

limau kasturi/cuka

garam dan bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan :

Bersihkan terung yang sudah dibakar hingga bersih.

terung yang sudah dibakar dan dibersihkan kulitnya

Carikkan atau potong terung tadi. Kemudian, gaulkan dengan bawang merah, udang kering, cili padi dan perisakan dengan limau kasturi, garam dan bahan perasa. Biarkan selama  sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dihidangkan.

Sambal yang sudah siap. Boleh dimakan dengan nasi dan lauk-pauk yang lain [ bagi masyarakat Bisaya, biasanya dimakan dengan ambuyat].

Tentang perfume…

Kalau bercakap pasal apa yang orang pompuan suka mesti semua orang tahu. Kasut, beg, baju, aksesori, tudung, barang kemas, perfume, makep dll. Kalau yang dah ada family suka resipi, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, tupperware dll. Sekarang ni ada yang suka melancong ke luar negara la pulak. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Kali ni, hijauolive nak share tentang perfume sebab hijauolive memang dah ader la koleksi perfume ni…

Perfume ni boleh dibahagikan kepada 4 kategori berdasarkan ingredient.

1. Flowery – berasaskan bunga. Perfume jenis ni kebanyakannya guna bunga2, biasanya perfume dulu2 (1980-an) yang guna banyak bunga ni. Sesuai untuk orang yang feminin gitu. Contohnya macam Miracle by Lancome.

2. Fruity – berasaskan buah-buahan. Jenis ni mula diminati sejak Britney Spears keluarkan perfume dia sendiri, Fantasy. Kiranya itulah perfume fruity yang 1st popular. Lepas tu banyaklah syarikat mula ikut jejak langkah dia. Bau jenis fruity ni biasanya sweet dan kuat. Remaja atau umur awal 20-an suka jenis ni.

3. Woody – berasaskan kayu-kayuan. Biasanya perfume atau cologne lelaki yang guna kayu-kayuan ni. Tapi sekarang perfume perempuan pun guna woody jugak macam Marc Jacobs Daisy tu. Bau dia taklah sweet macam fruitynyer bau. Perfume moden-moden zaman ni kebanyakan campur woody ngan flowery.

4. Oriental – berasaskan bahan-bahan dari Asia. Yang ni favourite aku ler. Biasanya bau oriental ni dia tak sweet tapi boleh jadik signature scent kita. Kebanyakan perfume yang best-best dari jenis oriental la, contohnya macam Lolita Lempicka yang botol dia cute tu. Satu lagi perfumist yang sukses juga ialah Thierry Mugler dengan perfume Angel.

Bagi aku, perfume ni best bukan sebab bau je. Aku suka kumpul mini perfume sebab suka tengok botol-botol yang comel dan kreatif tu. Ada nilai art dan komersial sekali. Botol yang paling aku suka sekali mestilah Lolita Lempicka.

mini perfume Lolita Lempicka kesayangan hijauolive ni… bau dia ada bau vanilla, macam deep scent sket, sesuai utk waktu malam…

Bukan setakat botol dengan kotak-kotak sekali kena simpan. Kotak pun secantik botolnya jugak…kat bawah ni ada kotak Dalissime by Salvador Dali ( bau dia bau buah peach  n tahan lama), Alien by Thierry Mugler which is my feveret, Incanto Heaven by Salvatore Ferragamo yang sweet botol dia warna pink tapi tak tahan sangat bau dia, Anais Anais dari Cacharel very flowery scent dah kasi kat mak, Cheap and Chic by Moschino, Red Door by Elizabeth Arden yang tak habis-habis sampai sekarang bau dia kuat, Armani Code Gorgio Armani kotak biru tu bau dia fresh, moden sesuai untuk cuaca negara kita ni dan last tu perfume hit tahun lalu Flora by Gucci…

Roti John oh roti John

Aku mula-mula kenal  roti John waktu belajar di universiti di Semenanjung. maklumlah aku anak Sabah yang tak kenal rupa roti John. Namanya pun aku rasa pelik. mengapa guna nama orang putih, gunalah nama Melayu kan senang.

Aku pun belajar makan roti ni dan mula suka. Semalam waktu singgah di bazar Ramadan, nampak gerai menjual roti John. Teringat zaman kampus dulu. Biasanya budak u zaman aku suka membeli roti John waktu nak jaga bajet.

Cat baru…semangat baru

Pagi tadi aku dah siap mengemas bilik pejabat yang berterabur selepas dicat baru. Warna cat sebelum ini biru, peach untuk syiling ( yang memang aku tak suka..yaks!!!) dan sebahagian dinding lagi putih dan soft cream.

Nama blog pun dah hijauolive, warna kegemaran aku pun mestilah hijau jugak terutama sekarang ni suka hijau yang gelap sikit. Aku guna dua tone color hijau untuk mengecat bilik tu, hijau yang soft (Hidden green- jenama Sisson, hahahha nak jaga bajet tak terbeli la Dulux atau Nippon Paint).

 

yang satu lagi nama dia Panorama takde sebut hijau pun tapi kat katalog nampak hijau ( jenama murah jugak, SanCora). Setelah dicampur dengan upah mengecat, semuanya menelan belanja lebih kurang RM90.00.

Tambah lagi dua pasu bunga jenis buluh ( RM10 sepasu- pokok dah subur dan sihat okayla kira murah )supaya nampak mesra alam green environment gitu. Ditambah lagi langsir berwarna ala-ala hijau jugak. Beli 7 meter, semeter harganya RM4.70 je, jahit sendiri walaupun kurang kemas tapi bolehlah…semuanya lebih kurang hampir RM200. Dapatlah sebuah bilik kerja yang selesa dan bernafas baru. Kalau nak bersemangat kenalah korban masa dan duit sedikit. Apa yang penting, sesuai dengan kemampuan…